Bismillah.
Assalamualaikum.
Seronok juga mengungkit-ungkit sejarah negara kita Malaysia yang tercinta ini.
Nak share sedikit apa nama tu….. apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir pada sidang akhbar selepas merasmikan Universiti Perdana di Serdang.
"Kita secara teknikal tidak pernah terjajah. Apa yang kita lakukan adalah sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke mari dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. Dalam kata itu, kita tidak dijajah.
"Seperti di Pulau Pinang, kita dibayar supaya memberikan mereka stesen untuk berdagang... Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka beroperasi seolah-olah kita dijajah.
"Dalam kata lain, British tidak memberi nasihat, tetapi memberi arahan,”.
[Laporan lengkap: Dr M: Secara teknikal, negeri Melayu tak dijajah]
Apabila kata-kata itu terkeluar dari mulut mantan PM yang lebih 22 tahun mentadbir Malaysia, beliau pada hakikatnya secara rasmi melucutkan gelaran yang diberikan kepada PM pertama Malaysia.
Tunku Abdul Rahman dihilangkan gelaran “Bapa Kemerdekaan” kerana Tanah Melayu dikatakan tidak pernah dijajah.
Mungkin Tunku boleh dianugerahkan gelaran baru. “Bapa Malaysia”!
Berkemungkinan perlu dibuat lakon semula peristiwa bersejarah laungan '”merdeka, merdeka, merdeka” oleh Tunku Abdul Rahman kepada “Malaysia, Malaysia, Malaysia”.
Malaysia boleh!
So….. ya Allah ya Tuhan kami, wahai Tuhan yang Menolakkan Bala bencana! Ya Allah wahai Tuhan yang Menolakkan Bala bencana, ya Rahman, Tolakkanlah daripada kami sekelian bala dunia dan akhirat. Dan juga bencana dunia dan bala bencana akhirat. Dan juga bencana yang datangnya dari musuh-musuh, dari manusia dan jin, dan dari syaitan dan iblis. Dan apa-apa yang turun dari langit dan keluar dari bumi. Dengan rahmat Engkau, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan