DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, September 27, 2011

BSK 234. Panjat tingkap larikan diri dari neraka dunia

Bismillah.
Assalamualaikum.

Sesekali ada juga kami mengikuti kes kematian Ahmad Sarbaini Mohamed.

Mahkamah koroner, melalui Koroner Aizatul Akmal Maharani memutuskan kematian Ahmad Sarbaini Mohamed awal April lalu adalah disebabkan “jatuh tidak disengaja.”

Kita ikuti kata-kata Koroner Aizatul Akmal Maharani seperti yang dilaporkan:

“Saya telah membuat lawatan ke tempat kejadian dan bersetuju bahawa apabila kita berdiri berhampiran tingkap pantri itu, kelihatan bumbung yang terletak di sebelah kiri tingkap nampak dekat.

“Saya percaya arwah pada masa itu mengalami ilusi optikal bahawa beliau boleh mendarat ke bumbung yang kelihatan dekat dan seterusnya keluar dari pejabat SPRM itu bagi mengelak dirinya ditahan sekali lagi di neraka dunia,” jelas Aizatul Akmal.

Lawyer SPRMJelas kelihatan keriangan di wajah Peguam SPRM Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan beliau dilaporkan berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah “100 peratus” dibersihkan oleh mahkamah koroner apabila memutuskan kematian Ahmad Sarbaini Mohamed awal April lalu adalah disebabkan “jatuh tidak disengaja.”

Kami tidak pasti dengan maksud perkataan “neraka dunia” dalam penjelasan Koroner Aizatul Akmal Maharani itu. Hmmm…..

Shafee: Keputusan koroner bersihkan SPRM ‘100 peratus’.

Mengulas keputusan Mahkamah Koroner, peguam keluarga, Awtar Singh berkata adalah sukar untuk mempercayai bahawa arwah Sarbaini telah memanjat tingkap untuk melarikan diri.

Peguam keluarga allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, Awtar Singh dilaporkan berkata:

"Mengapa dia perlu berbuat demikian? Dia pergi (ke sana) secara sukarela. Tambahan pula, tidak ada cap jari yang kelihatan di cermin tingkap dan mereka tidak mengambil pakaian ketua penyiasatan SPRM KL, Ahmad Fauzi (Husin), untuk menjalankan ujian DNA."

Isteri Pegawai KastamKeletihan dan kekecewaan di wajah keluarga arwah. Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed dan isteri, Puan Masiah @ Maziah Manap dijadual menunaikan fardu haji tahun ini. Anaknya akan mengantikan bapanya ke Tanah Suci.

Peguam keluarga Sarbaini: Keputusan sukar dipercayai.

Mahkamah Malaysia yang berpaksikan undang-undang Sivil telah membuat keputusan dan memutuskan bahawa tiada unsur jenayah pada  kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed, 56 tahun dan kematian beliau diputuskan sebagai “jatuh tidak disengaja”. Beliau tidak dibunuh dan bukan juga membunuh diri.

Adakah kedua-dua pihak berpuas hati?

Puas atau tidak, yang pastinya kebenaran akan diketahui juga.

Bila?

Well….. di waktu Allah SWT membangkitkan kembali kesemua makhluk ciptaan-Nya. Manusia dari zaman Nabi Adam a.s. sehingga hari kiamat.

So….. ya Allah, wahai Tuhan Pemerintah Hari Perhitungan, Engkau jua kami sembah dan kepada-Mu jua kami memohon pertolongan. Ya Allah ya Tuhan kami, kami menyerahkan urusan kami kepada-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Melihat akan hamba-hambaMu. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India