DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, September 15, 2011

BSK 228. Ikrar Ketua Hakim Negara

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kita hayati sedikit kata-kata Ketua Hakim Negara yang baru, Tan Sri Arifin Zakaria:

Arifin berkata ini adalah kali keenam beliau mengangkat sumpah jawatan sepanjang beliau menjawat jawatan Hakim.

"Ini menunjukkan betapa pentingnya sumpah yang dibuat oleh seseorang Hakim. Ia sentiasa diperbaharui setiap kali dilantik ke jawatan baru. Tetapi sumpah saya kali ini sedikit berbeza dari segi kandungan dan juga cara ia dilakukan,” katanya.

Arifin berkata jika diteliti, Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan, sumpah jawatan Ketua Hakim Negara berbeza sedikit dengan sumpah jawatan Hakim-Hakim yang lain dan keduanya sumpah jawatan Ketua Hakim Negara hendaklah dilafazkan di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Hakim

"Apa yang penting bagi saya tekankan di sini ialah saya berjanji dengan sepenuh jiwa raga saya, saya akan mempertahankan sumpah saya itu sepanjang masa, walau dalam apa jua keadaan sekalipun," katanya.

Laporan penuh: Ketua Hakim ikrar utama keadilan tanpa kompromi.

Kata-kata yang cukup berani dan penuh keyakinan yang diucapkan kepada rakyat. 

Tetapi…..

Ramai yang bersumpah tetapi tidak menggenggam erat-erat sumpahnya.

Sumpah yang dilafazkan hanya formaliti untuk memegang satu-satu jawatan sahaja.

Sumpah yang tidak disertai dengan takwa kepada Allah Taala.

Dikatakan Imam Ahmad ibnul Hanbal, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah menolak jawatan Qadi (hakim) yang ditawarkan oleh pemerintah kepada mereka.

Ini disebabkan Nabi SAW pernah menyebut bahawa seorang hakim itu sebelah kakinya sudah pun berada di dalam neraka. Kerana daripada tiga jenis hakim, dua ke neraka, hanya seorang sahaja yang masuk syurga.

Cuba kita bertanya kepada diri kita, undang-undang siapa yang digunapakai ketika itu.

Undang-undang Allah Taala atau undang-undang manusia?

Ketua Hakim Negara yang baru, Tan Sri Arifin Zakaria perlu fikirkan-fikirkan dengan tenang apa yang disebutkan oleh Nabi SAW itu.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami meridhai Allah sebagai Tuhan kami, kami meridhai Islam sebagai Agama kami dan kami meridhai Muhammad sebagai Nabi dan Rasul kami. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India