Bismillah.
Assalamualaikum.
Masih lagi dengan isu perlaksanaan hukum hudud.
Dilaporkan ketua umum Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:
"Pendiriannya jelas bahawa DAP menentang (cadangan melaksana hudud) dan PKR serta PAS menghormatinya.
"Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah," katanya lagi.
Laporan penuh: Pakatan: Tiada kata putus untuk laksana hudud.
Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF) pula dilaporkan berkata:
Dalam konteks sosiopolitik atau al-Waqi, yang sentiasa diberikan perhatian oleh ulama sebagai salah satu prasyarat kepada pelaksanaan hudud, undang-undang itu masih belum sesuai diperkenalkan di negara ini sekarang, kata Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa.
Laporan penuh: Hudud belum sesuai diperkenal di negara ini, kata IRF.
Negara kita sudah 54 tahun mencapai kemerdekaan. Agama Islam adalah agama bagi Persekutuan. Malaysia dinobatkan negara Islam dimasa pemerintahan dan pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.
Tetapi sebagai rakyat dan warganegara Malaysia, berbangsa Melayu dan beragama Islam, fakta seperti 54 tahun merdeka, Malaysia negara Islam dan Islam agama bagi Persekutuan tidak memberi apa-apa makna sedikit pun.
Parti politik seperti DAP, MCA dan Gerakan menolak mentah-mentah perlaksanaan hukum hudud, diperingkat negeri dan terlebih lagi untuk persekutuan.
Apa kena mengena parti-parti politik ini dengan hukum itu dan Islam?
Pelik! Bukan Islam tetapi mahu masuk campur urusan Islam. Apa hak mereka berbuat demikian?
Mereka-mereka yang mengaku Islam pun seolah-olah menolak pelaksanaan hukum itu.
Lagi pelik! Islam tetapi berdolak dalik untuk melaksanakannya.
Hukum Hudud salah satu hak-hak keistimewaan Islam tidak mahu dilaksanakan.
Keistimewaan hukum Islam kerana ianya digubal sendiri oleh Allah SWT. Pencipta manusia dan alam semesta.
Kenapa kita perlu terlalu banyak berfikir dan berbincang baik buruk perlaksanaan hudud dalam masyarakat.
Kenapa kita perlu banyak berfikir dan berbincang samada mereka-mereka yang ditugaskan untuk melaksanakan hukum itu nanti akan berlaku adil atau sebaliknya.
Kenapa kita perlu terlalu banyak berfikir dan berbincang dengan bukan Islam yang tiada kaitan sedikit pun dengan Islam untuk melaksanakan hukum itu.
Kenapa kita perlu terlalu banyak berfikir dan berbincang dengan bukan Islam meminta keizinan mereka untuk melaksanakan hukum itu.
Kenapa kita tidak meminta raja-raja Melayu yang berperanan memelihara kedudukan orang Melayu, penduduk peribumi serta agama Islam (yang disifatkan sebagai dapat menyelesaikan masalah rakyat pelbagai kaum) untuk melaksanakan sahaja hukum hudud di negeri masing-masing.
Kenapa kita tidak laksanakan sahaja hukum itu dan menyerahkan sahaja urusan itu kepada Allah SWT.
Serahkan sahaja urusan itu kepada Allah yang Maha Bijaksana, Raja Manusia dan Pentadbir semesta alam.
Jika kita memikirkan dan berbincang perkara itu terlalu lama, maka Raja Kejahatan akan menakluki kita.
Akan diresapi kita dengan pujukannya. Ya kamu betul, ya kamu bijak, ya kamu pakar, ya kamu berilmu, ya kamu berpandangan jauh, ya ya ya…..
Dan ya yang akhir, YA BENAR kamu tak perlu melaksanakan hukum hudud kerana masyarakat majmuk dan masanya belum sesuai.
Kita tidak peka dan proaktif untuk menegakkan, memertabatkan dan melaksanakan hak Allah Taala.
Kita umat Islam di Malaysia lebih suka bertangguh dan berdolak-dalik dalam isu yang besar itu.
Cuba kita fikir seketika, penganut-penganut agama lain di Malaysia ini, jika ada ruang sekecil mana sekalipun didalam Perlembagaan, mereka akan memohon kebaikan untuk agama mereka.
Kita umat Islam, terang-terang Perlembagaan Malaysia mengatakan Islam agama bagi Persekutuan, dengan pandirnya tidak mahu memperkasakan Islam, agama yang dianuti.
Kita membantu Allah Taala dalam urusan agama yang diredhaiNya dan pasti Allah Taala akan mempermudahkan urusan kita itu.
Cuba kita fikirkan sejenak, adakah kita semua tidak akan ditanya di mahkamah Allah Taala kelak dengan isu ini.
Mungkin soalannya:
”Apa usaha yang telah kamu lakukan untuk mempastikan hak-hak Allah dilaksanakan di bumi Malaysia?”
Well….. kami telah memantapkan urusan kutipan zakat, kami telah melaksanakan perbankan Islam, kami telah ada mahkamah syariah yang memertabatkan serba-sedikit hukum Islam but with slight adjustment. Yang lain tidak ada dalam Perlembagaan.
Fikir-fikirkan.
So….. ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu, sesungguhnya kami menyaksikan bahawa Engkau adalah Allah. Tiada Tuhan yamg berhak disembah melainkanMu. Tuhan yang Maha Esa. Yang menjadi tempat memohon, yang tidak beranak dan diperanakkan dan tiada yang setanding denganMu. Wahai Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri, dengan rahmatMu kami memohon pertolongan. Maka jangan biarkan kami bergantung kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata dan perbaikilah segala urusan kami. Ya Allah berikanlah kepada diri kami perasaan taqwa kepadaMu dan sucikanlah diri kami kerana Kamu adalah sebaik yang mensucikannya. Engkaulah ya Allah penolong dan penyelamatnya. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan