DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, September 23, 2011

BSK 231. Tiga pulau milik individu di Sabah untuk dijual

Bismillah.
Assalamualaikum.

Tiga pulau di pesisiran pantai Sabah akan dijual!

Peta SabahPulau-pulau terbabit adalah sebahagian Pulau Mengalum dan Montukod yang berada di pantai barat dan Pulau Pandanan di  pantai timur Sabah.

Pulau Mengalum berkeluasan lebih 200 hektar (500 ekar), Pulau Montukod berukuran 7 hektar (17.3 ekar) dan Pulau Pandanan pula 4 hektar (10 ekar).

Harga yang ditetapkan untuk sebahagian Pulau Mengalun ialah US$18juta. Pulau Montukod pada harga US$11.3juta sementara Pulau Pandanan pula US$2juta.

Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Osman Jamal mengesahkan bahawa ketiga-tiga pulau itu adalah untuk jualan kerana pulau-pulau berkenaan adalah milik persendirian.

Beliau juga dilaporkan berkata bahawa pemiliknya mempunyai hak untuk melupuskan harta yang dimiliki mereka.

Osman juga berkata beliau telah berbincang perkara itu dengan Ketua Menteri Datuk Musa Aman.

Bukankah pulau-pulau di Sabah milik kerajaan Negeri? Bagaimana ianya boleh bertukar menjadi milik persendirian?

Adakah mereka-mereka yang berada atau mengetuai Jabatan Tanah dan Ukur Sabah mempunyai kuasa yang begitu besar sehingga boleh menggadai sebahagian negeri kepada orang perseorangan?

Siapakah yang meluluskan pemindahan pulau-pulau berkenaan kepada individu-individu berkenaan dan siapakah pula individu-individu tersebut?

Kita fikir-fikirkan kata-kata Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu mengenai isu tersebut…..

“Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan tiga buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing.

“Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka,” katanya.

Laporan penuh:
Penjualan pulau-pulau di Sabah tak adil, kata PAS.
Three islands off Sabah for sale.

Well….. adakah dimasa terdekat dengan tiba-tiba kita digemparkan dengan kehadiran armada tentera asing berhampiran negara kita?

Pulau dah bukan milik kita! Milik orang asing!

Itu yang dikatakan, tak ada masalah tetapi mencari masalah. Bukankah tidak bijak tindakan itu.

Menjadilah kita Pak Pandir. Menang sorak kampong tergadai.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami berlindung dengan-Mu daripada segala bala bencana, daripada mendapat kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang buruk. Ya Allah, tolakkanlah daripada kami sekalian bala bencana dunia dan bala bencana akhirat. Ya Tuhan kami, tolakkanlah juga kami dari bencana yang datangnya dari musuh-musuh kami, dari kalangan manusia dan jin dan dari syaitan dan iblis. Dengan Rahmat Engkau, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India