DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, September 07, 2011

BFK 157. Pergerakan raya

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari ini 9 Syawal 1432H.

Kami masih belum bergerak untuk beraya dengan jiran-jiran di taman perumahan ini.

Tak ada mood kot?

Jika diikutkan lagu raya nyanyian Azlina Aziz “….. kita beraya selama sebulan.”

Sakan habis kita beraya. Ish ish ish.

Gerak raya 2Insyaallah malam ini kami mula membuat pergerakan. Hmmm…..

Berapa lama sebenarnya kita dianjurkan untuk beraya?

Dari Abu Bakrah r.a bahawa Nabi saw. bersabda:

Dua bulan yang terdapat hari raya, harinya tidak berkurang; hari raya Ramadhan dan bulan Zulhijah.

Huraian Hadith:

  • Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat yang diadakan pada sebelah pagi di mana kita disunatkan juga untuk pergi dan balik daripada mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri atau Aidil Adha dengan melalui jalan yang berlainan.
  • Berdasarkan sunnah Rasulullah SAW, perayaan Hari raya Aidil Fitri hanya disambut selama 1 hari sahaja, berbanding dengan perayaan hari raya Aidil Adha yang disambut selama tiga hari.

Kita digalakkan untuk merapatkan silaturrahim sesama kita dan kerana saranan itulah kita “beraya selama sebulan”.

Kita juga mencari rezeki untuk diri dan juga keluarga dan tempoh masa sebulan rasanya cukup untuk kita menziarahi  saudara mara dan mengunjungi rakan taulan.

Kita mengetahui bahawa Syawal ialah bulan kemenangan setelah kita berjuang mengawal hawa nafsu sepanjang Ramadhan dan kita disarankan untuk merayakan bulan kemenangan ini dengan penuh kesederhanaan, bermaaf-maafan dan di redhai dan di berkati Allah.

Kita wajar menyambut Aidil Fitri mengikut yang digariskan oleh syarak serta tidak dicemari dengan perkara-perkara yang dilarang.

Kita perlu menyambut hari itu di atas landasan agama agar hari yang diraikan itu menjadi satu ibadah.

Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda:

Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.

Huraian Hadith:

  • Umat Islam digalakkan menyambut hari raya dengan Takbir dan Tahmid sebagai menandakan kesyukuran kepada Allah. Malah orang-orang yang beriman yang menghidupkan malam hari raya dengan beramal dan beribadat kerana Allah, hatinya akan hidup (bahagia dan gembira). Mereka akan mendapat balasan yang baik di sisi Allah S.W.T.
  • Sebaliknya orang-orang yang kufur engkar, hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari itu, kerana dimurkai Allah dan ditimpa dengan sebuiruk-buruk balasan.

Dalam kita menyambut “raya” jangan lupa untuk mencari apa yang di tegaskan oleh Rasulullah.

Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda:

Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun.

Huraian Hadith:

  • Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.
  • Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.
  • Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.

[Sumber hadith: Jakim]

So….. ya Allah ya Tuhan kami, terimalah daripada kami akan solat kami, puasa kami, amalan kami dan permohonan kami. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India