Bismillah.
Assalamualaikum.
Hari ini 30 Syawal 1432H bersamaan 28 Sept 2011.
Esok, Khamis, 1 Zulkaedah 1432H bersamaan 29 Sept 2011 akan bermulalah pergerakan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia ke Madinah.
Dijadualkan kumpulan pertama 450 jemaah haji Malaysia akan tiba di Madinah pada hari Khamis kira-kira pukul 5.30 pagi waktu tempatan, diikuti kumpulan kedua pada kira-kira pukul 3 petang.
Wukuf di Arafah ialah pada hari Sabtu, 9 Zulhijjah 1432H bersamaan 5 Nov 2011.
Malam esok, surau kami akan mengadakan majlis meraikan jemaah haji dan juga bakal-bakal tetamu Allah dari taman kami ini.
Tiga pasangan suami isteri akan diraikan, pasangan En Nazri, En Rauf dan En Idrus.
Pasangan En Nazri akan berlepas ke Madinah pada 30 Sept 2011.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, ketabahan dan kesabaran kepada ketiga-tiga pasangan itu.
Semoga Allah SWT menjaga perjalanan pergi dan kembali mereka dan mereka dikurniakan haji yang mabrur.
So….. ya Allah ya Tuhan kami. Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa yang tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala pemerintahan dan bagi-Nya jua segala pujian. Tuhan yang menghidupkan dan yang mematikan, dengan kekuasaan-Nya sahajalah berlaku segala kebaikan. Dialah yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan