DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, September 08, 2011

BSK 222. Indah khabar dari rupa

Bismillah.
Assalamualaikum.

Satu lagi atau sekali lagi penswastaan projek kepentingan awam yang sedang di rancang oleh kerajaan.

Lost track berapa kali dah diswastakan.

iwk-logo-sept8

1MBD bakal ambil alih IWK

Oleh Leslie Lau Executive Editor September 08, 2011

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Indah Water Konsortium (IWK), syarikat pembetungan nasional, dijangka akan diswastakan dalam waktu terdekat dan bakal diambil alih oleh sebuah syarikat agensi pelaburan strategik 1MDB, demikian menurut sumber-sumber Kementerian Kewangan.

Kira-kira 11 tahun lalu kerajaan terpaksa menyelamatkan syarikat itu selepas syarikat terdahulu berhadapan dengan masalah kewangan.

Sumber-sumber memberitahu The Malaysian  Insider, konsortium diketuai oleh 1MDB itu turut membabitkan penyertaan Puncak Niaga dan langkah itu dikatakan telah menerima lampu hijau oleh Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun difahamkan bahawa Kementerian Kewangan sedang meneliti secara mendalam usaha tersebut ekoran soal kebimbangan dan kebolehlaksanaan bahawa kerajaan kemungkinan terpaksa berhadapan dengan situasi menyelamatkan syarikat tersebut jika ia gagal sekali lagi.

IWK kini merupakan syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Pada 1994, kerajaan pusat telah menganugerahkan konsesi kepada syarikat untuk mengambil alih perkhidmatan pembetungan seluruh negara.

Sejak itu, IWK telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak dan Majlis Perbandaran Johor Baru.

Di bawah cadangan itu, konsortium 1MDB akan memperoleh IWK dengan bayaran RM1 dan mengambil alih kesemua hutangnya termasuk pinjaman lebih RM1.5 bilion yang ia perlu selesaikan kepada Kementerian Kewangan.

Konsortium itu mahukan konsesi selama 60 tahun.

Ia juga mempunyai rancangan untuk mengaitkan caj-caj pembetungan dengan bil air.

Rancangan itu boleh mencetuskan kontroversi pusingan baru ekoran kurangnya ketelusan berkaitan perundingan itu, dengan pengguna bimbang mengenai perjanjian membabitkan IWK.

Sejak dari hari pertama, IWK berhadapan dengan masalah menyakinkan rakyat yang skeptikal untuk membayar bil berasingan, yang sebelum itu diselesaikan bersama bil air.

Pada 2000, pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad membayar hampir RM200 juta untuk memiliknegarakan IWK demi menjaga kepentingan awam dan mengelakkan gangguan perkhidmatan.

Langkah itu diambil untuk menangani masalah hutang syarikat tersebut ketika itu dianggarkan RM700 juta.

Malah, rancangan baru kerajaan pentadbiran Najib ini dilihat kemungkinan mencetuskan kritikan yang sama sebab membabitkan 1MDB dan Puncak Niaga, sebuah syarikat yang berhubung kait secara politik dengan Putrajaya.

Nampaknya apa yang dirancangkan oleh pemerintah yang dikatakan untuk kemudahan rakyat tidak berjaya.

Kelihatannya entiti yang diberikan kuasa untuk menguruskan apa yang dikatakan kepentingan awam, apabila tidak mampu menguruskan amanah yang diberi, di “selamatkan” oleh kerajaan.

Bila ada masalah, pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad membayar dengan wang rakyat untuk memiliknegarakan kembali apa yang diswastakan kepada syarikat yang tidak amanah dan tidak berkemampuan berkenaan.

Dari apa yang kami faham dari laporan diatas, persoalannya adakah tindakan dan perancangan pemerintah, pada hakikatnya untuk menjaga kepentingan awam atau kepentingan pihak tertentu?

Kami terasa seperti rakyat semakin dihimpit dengan masalah kewangan sementara pihak atau entiti yang tidak mampu menguruskan amanah tidak kelihatan pula menanggung sebarang masalah.  

Apakah kerajaan kita kerajaan rakyat atau kerajaan pihak tertentu?

Adakah kerajaan yang memerintah pada hakikatnya telus dan mampu untuk mengurus dan memberi kemudahan kepada kita, rakyat Malaysia?

Fikir-fikirkan.

So….. Allah, Dialah Allah Tuhan kami, kami tidak menyekutui-Nya dengan sesuatu pun. Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Engkau jua. Maha suci Engkau sesungguhnya kami adalah dari golongan orang yang menzalimi diri sendiri. Ya Allah ya Tuhan kami, tiadalah yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah bila sahaja Engkau kehendaki. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India