DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Mei 27, 2011

AS dan Barat kuasa utama dunia

Bismillah.
Assalamualaikum.

Mari kita meneliti kata-kata yang keluar dari mulut seorang pemimpin yang dikatakan menerajui negara yang paling hebat di dunia.

Negara yang hebat dalam ekonomi, ketenteraan dan pengaruh. Kebanyakan negara di dunia berada dibawah telunjuk pemimpin ini.

Barack

Zass…..

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Presiden Obama: ‘Kini masa bagi AS, Barat terus ketuai dunia’

May 26, 2011

LONDON, 26 Mei — Dalam ucapan sulung seorang presiden AS di Westminster Hall di sini, Barack Obama memberitahu ahli-ahli politik Britain — meskipun muncul kuasa-kuasa baru seperti China dan India, Washington dan Eropah masih merupakan kuasa utama dunia dan ia perlu diperlihatkan sekarang.

Britain merupakan sekutu rapat AS dalam banyak isu termasuk perang ke atas pengganas sejak sedekad lalu.

Obama

Obama (kanan) berada di Britain lebih tiga minggu selepas ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden mati ditembak.

Obama berkata pengaruh AS, United Kingdom (UK) dan sekutu-sekutunya kekal “sangat mustahak.”

Presiden itu berkata demikian dalam ucapannya di Parlimen pada hari kedua lawatan beliau ke negara itu semalam.

Bagaimanapun kata beliau, kepimpinan itu perlu berubah mengikut masa untuk menggambarkan cabaran-cabaran ekonomi dan keselamatan.

Laporan BBC berkata ini kali pertama seorang presiden AS berucap di hadapan ahli-ahli Parlimen dan mereka yang sebaya dengannya di Westminster Hall.

Antara hadir pada majlis itu ialah bekas perdana menteri Britain Sir John Major, Tony Blair dan Gordon Brown.

Dalam ucapan 35 minit ini, Obama memberitahu hanya sejumlah kecil negara yang berpendirian tegas, berjuang dengan lantang dan melawan untuk mempertahankan prinsip demokratik di seluruh dunia berbanding AS dan UK.

Oleh itu, katanya, kedua-dua negara itu “sekali lagi berada di detik penting” ekoran kemelesetan global dan konflik bertahun-tahun.

Obama menolak tanggapan bahawa kemunculan kuasa baru seperti China dan India bukan bermakna sudah mula berakhirnya pengaruh Amerika dan Eropah di dunia.

“Hujah itu salah. Ini masa bagi kepimpinan kita,” katanya lagi.

“AS, UK dan sekutu-sekutu demokratik yang mencorakkan dunia di mana negara-negara baru boleh muncul dan individu boleh berkembang subur,” katanya lagi.
[Malaysian Insider]

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Itulah dia Barack Obama, presiden Amerika Syarikat. Pemimpin-pemimpin dunia berlumba-lumba ingin bertemu dan bermesra dengan beliau.

Pemimpin negara-negara kecil yang berpeluang berjumpa dan berbual dengan beliau merasa cukup bangga dengan perjumpaan bersebut walaupun tidak sampai suku jam.

Berbalik kepada laporan diatas.

Kata-kata yang bongkak dan angkuh. Pemimpin yang melihat kekuatan hanya dari kelengkapan ketenteraan sahaja. Kepercayaan kekuatan datang dari kudrat sendiri.

Sewenang-wenangnya menghancurkan negara Islam atas dasar membenteras keganasan. Berbaik dengan pemimpin negara Islam hanya kerana muslihat politik.

Lihat sahaja apa yang terjadi kepada presiden Mesir, Hosni Mubarak. Sekutu kuat Amerika Syarikat di dunia Arab. Sampai masa disisihkan. Mereka akan mengangkat pemimpin lain yang sedia menjadi “khadam” mereka. Walaupun Islam tetapi ada juga yang sanggup menjadikan diri mereka sebegitu. 

Manusia lupa hakikat bahawa kehidupan ini berputar seperti roda. Ada masa kita diatas. Dan akan datang masanya kita dibawah. Tidak semesti kita akan tetap berada diatas. Dan tidak kita akan kekal dibawah.

Adakah kita berkuasa untuk menentukan putaran itu? Tidak sekali-kali!

Ianya berputar mengikut ketetapan Allah SWT, Tuhan dan Raja semesta alam. Lama diatas atau lama dibawah merupakan cubaan dan dugaan kepada manusia.

Tetapi yang pasti yang diatas akan tetap turun, walaupun secara perlahan-lahan atau slow motion.

Hosni Mubarak sekarang ini berada dibawah. Ada sesiapa yang berani berkata itu bukan kerja Allah SWT?

Allah SWT mengkehendaki Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya berada diatas. Jangkamasa! Wallahualam. 

Ada sesiapa yang merasa selesa dan bangga kerana mereka sekarang ini berada diatas? Tunggu…..

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India