DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Mei 28, 2011

RON95 Benarkah Rakyat Lega

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami ingin mengajak kawan-kawan menyelami Minda Pengarang diruangan Rencana di Berita Harian.

Mari baca…..

BHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHB

Minda Pengarang: Perjelas kedudukan harga minyak dunia elak rakyat diputar belit

2011/05/27

KEPUTUSAN kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG pastinya disambut dengan perasaan lega. Langkah itu membuktikan kerajaan masih dapat bertahan, walaupun terpaksa menanggung bebanan subsidi yang semakin meningkat, berikutan kenaikan harga minyak dunia. Sejak akhir-akhir ini rakyat pelbagai lapisan masyarakat sering diulit kebimbangan berikutan harga minyak dunia yang tidak stabil, ekoran pergolakan di beberapa negara Asia Barat. Apa yang dibimbangi rakyat ialah kesan kenaikan produk petroleum itu akan disusuli dengan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga pelbagai barangan pengguna dan makanan untuk mengaut keuntungan berlebihan. Jika itu berlaku, ia pastinya akan membebankan rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan berkeluarga besar. Kita percaya Kabinet membuat keputusan itu selepas mengambil kira pelbagai aspek, terutama kesannya ke atas kemampuan rakyat. Penjelasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelmarin berhubung keputusan mengekalkan harga bahan api itu pastinya menangkis khabar angin yang digembar-gemburkan pihak tertentu, kononnya harga bahan api itu akan dinaikkan minggu ini. Ismail menjelaskan sebagai kerajaan bertanggungjawab, Kabinet menerima pandangan rakyat dan memutuskan untuk tidak menaikkan harga bahan api itu buat masa ini. Kita percaya tindakan itu tiada kena-mengena dengan desakan mana-mana pihak terutama pembangkang. Langkah itu juga bukan disebabkan kerajaan bimbang kehilangan sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi, sebaliknya tidak mahu membebani rakyat.

No1354

Harga petrol RON95 kini kekal RM1.90 seliter, manakala RON97 ialah RM2.90 seliter selepas diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa. Bagi mengelak sesetengah pihak terus memutarbelitkan langkah kerajaan, rakyat harus diberi penjelasan berterusan dan secukupnya mengenai kedudukan harga minyak dunia dari semasa ke semasa, termasuk langkah rasionalisasi subsidi bahan api itu. Tidak semua rakyat memahami apa yang berlaku berhubung kesan kenaikan harga minyak dunia terhadap ekonomi negara. Mereka juga tidak mempunyai maklumat secukupnya mengenai harga minyak dunia dan kesan ke atas ekonomi negara berikutan pemberian berterusan subsidi bahan api itu. Apa yang mereka percaya, apabila berlaku kenaikan harga bahan api, harga barangan lain akan turut naik dan ini akan menyusahkan kehidupan seharian mereka. Di sinilah pihak tertentu mengambil kesempatan menangguk di air keruh dengan melemparkan pelbagai dakwaan tidak berasas terhadap kerajaan. Jumlah subsidi ditanggung kerajaan tahun ini dijangka meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion berikutan kenaikan harga minyak dunia. Kerajaan tidak mampu memberikan subsidi selama-lamanya kepada semua orang kecuali pada golongan sasaran pengguna tertentu. Kita percaya rakyat dapat berfikir secara rasional jika mereka mendapat maklumat tepat mengenai isu berkaitan harga minyak. Kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak, tanpa mengambil kira kesannya terhadap rakyat.

BHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHBHB

Hujah-hujah yang cukup meyakinkan agar rakyat berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak menaikkan harga petrol RON95 buat masa ini.

Dan didalam jangka panjang mengharapkan agar rakyat akan merestui tindakan kerajaan untuk menghapuskan sama sekali subsidi bahan api ini.

Sampai bila? Kalau kena gayanya lepas PRU13.

Adakah rakyat, terutamanya penulis rencana diatas benar-benar percaya bahawa jika subsidi bahan api dihapuskan harga barang dan perkhidmatan akan kekal dan tidak akan berganjak?

“Harga minyak naik, takkan kami tidak boleh menaikkan tambang kenderaan. Takkan pengusaha yang perlu menanggung semua kos.”

“Harga minyak naik, kos penghantaran naik, takkan kami nak kekalkan harga lama. Macamana kami nak cari makan.”

“Harga minyak naik, tapi syarikat tidak dapat menaikkan gaji kakitangan kerana perbelanjaan syarikat turut meningkat. Syarikat akan memberikan saguhati kepada pekerja terbaik diakhir tahun. Itu sahaja.”

“Harga minyak naik, harga barang naik, tambang kenderaan naik, keluarga kita kena jimat cermat. Abang, kakak dan adik pergi sekolah jalan kaki. Ayah naik motor ke tempat kerja balik lambat kerana nak ambil overtime. Ibu tanam sayur kat dalam pasu bunga dan kalau dapat hasil boleh jual kat jiran atau pasar malam. Usaha terakhir, kita kena catu makanan.”

“Harga minyak mungkin naik, tapi rakyat ada cara lain untuk meningkatkan taraf hidup. Boleh buat kerja lebih masa. Cari kerja sambilan. Berniaga di pasar malam. Boleh berkebun. Bela ayam. Bila rakyat berkebun, keluar peluh, kan badan sihat. Banyak cara sebenarnya yang rakyat boleh lakukan. Takkan asyik nak bergantung kepada “candu” dari kerajaan.”

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India