DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Mei 24, 2011

WHO sahkan Malaysia Top 10

Bismillah.
Assalamualaikum.

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie semalam dilaporkan berkata, penggunaan alkohol di negara ini menjadi semakin serius.

Beliau mengulas, statistik terbaru Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia berada di kedudukan kesepuluh mempunyai peminum arak paling ramai di dunia.

WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan AS$500 juta (kira-kira RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan bir pula mencecah 11 liter per kapita.

Jom kita baca laporan penuh …..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ranking arak: Tahniah, sindir PAS

MalaysiaKini
Norsyafinas Ahmad Sukri
Mei 23, 11
7:08pm

Kedudukan Malaysia di tangga kesepuluh dalam penggunaan arak di dunia disifatkan sebagai "kejayaan gelap" pemerintahan BN yang di luar jangkaan rakyat negara ini.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan 'tahniah' kepada kerajaan BN yang berjaya membawa Malaysia ke ranking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar di dunia.

"Kejayaan ini benar-benar diluar jangkaan rakyat kerana Malaysia yang pernah di umumkan sebagai sebuah negara Islam oleh pemimpin Umno berjaya mengalahkan sebahagian besar negara-negara bukan Islam di Eropah dan Benua Amerika," sindir ketua penerangan dewan itu Herman Samsudeen.

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie semalam dilaporkan berkata, penggunaan alkohol di negara ini menjadi semakin serius.

Beliau mengulas, statistik terbaru Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia berada di kedudukan kesepuluh mempunyai peminum arak paling ramai di dunia.

WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan AS$500 juta (kira-kira RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan bir pula mencecah 11 liter per kapita.

Kuasa pemantauan

Dalam kenyataan hari ini, Herman juga berharap kerajaan tidak terus menerus menutup mata dan memekakkan telinga terhadap perkara itu semata-mata cukai arak memberikan pulangan yang tinggi kepada dana kewangan negara.

Katanya, lebih teruk lagi, gejala arak juga sentiasa dikaitkan dengan pelbagai jenayah, antaranya penganiayaan rumah tangga, penderaan serta kes rogol dan bunuh.

"Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah," kata Herman.

Beliau juga mahukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan majlis agama Islam negeri-negeri diberikan kuasa pemantauan.

Dewan itu juga mendesak semua pihak - termasuk pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan kerajaan pusat - supaya serius menangani perkembangan industri itu dengan mengurangkan pengeluaran minuman keras itu.

Herman menggesa permohonan lesen-lesen pengilangan dan penjualan arak baru dibatalkan dan aktiviti penjualan di kedai-kedai, restoran dan kelab malam dipantau.

Mengulangi pendirian PAS Selangor sebelum ini, Herman berkata penjualan arak secara terbuka di kedai 24 jam juga menjadikan rakyat negara ini mudah terlibat kepada gejala negatif itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah rakyat Malaysia terutamanya kita, orang Melayu  beragama Islam tidak “terasa” atau “terusik” sedikit pun kesabaran atau keimanan kita apabila membaca kenyataan Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie itu?

Syabas dan tahniah jika ada mereka-mereka yang tidak terasa atau terusik walau sedikit pun. 

Kenapa ya? Kerana di Malaysia orang bukan Islam sahaja yang minum arak. RM1.5 billion itu semuanya wang non Muslim. Benar ke kenyataan itu? Rasa-rasanya tidak!

Kita rakyat Malaysia, rakyat negara Islam Malaysia perlu prihatin dengan isu arak ini kerana banyak gejala negatif yang timbul darinya.

No1365

Tidakkah kita mahu merealisasikan konsep “rumahku syurgaku” yang telah lama diperkenalkan. Tidakkah kita mahu negara kita bebas dari arak?

Jadinya, kita sama-sama buang yang buruk dan kita pilih yang baik.

BEBASKAN MALAYSIA DARI ARAK.

Berubahlah!

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India