DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Julai 07, 2011

BSK 206. Bila Pendekar Berbicara

Bismillah.
Assalamualaikum.

Zaman persekolahan dulu ada juga berhajat nak belajar silat. Tapi tak tau dimana silapnya terbantut dan tak kesampaian hajat tu.

Semenjak dua menjak ini timbul kembali pasal silat menyilat ini. Kedengaran seorang mahaguru silat ini mencabar puak yang disifatkan sebagai “musuh durjana” oleh Ulul Amri 111 mereka.

Mahaguru silat ini memberi amaran kepada penganjur perhimpunan yang dilabel “haram” oleh pihak pemerintah agar membatalkan hasratnya jika tidak mahu “berperang” dengan pengamal seni silat di negara ini.

Ganas!

Segak PM kita berpakaian pendekar serba hitam dan bercapal putih.

PSSLM wajar pertahan kedaulatan
2011/07/07

Silat lincah

NAJIB memukul gong, sambil diperhatikan (dari kanan) Rais Yatim, Omardin, Mohd Ali, Abdullah dan Koh Tsu Koon di Dataran PWTC, malam tadi. - Foto Sairien Nafis

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yakin ahli Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) akan bangkit menentang musuh durjana tidak kira dari dalam atau luar negara kerana mereka sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara.

Perdana Menteri berkata, semangat berani dan cekal yang ditunjukkan anak muda PSSLM selama ini bukan bermakna golongan itu mahu berperang sebaliknya mahu menentang pengkhianat negara.

“Hari ini (semalam) kita berkumpul di sini bukan untuk berperang sebaliknya kita berkumpul demi perpaduan negara.

“Saya sungguh gembira melihat begitu ramai berkumpul bukan saja di kalangan orang Melayu malah rakan kita yang bukan Melayu mewakili pelbagai seni mempertahankan diri turut hadir,” katanya.

Najib yang juga Ulul Amri 111 PSSLM, berkata demikian ketika merasmikan majlis Perhimpunan Sempena 50 tahun PSSLM di Dataran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA), Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Penaung PSSLM, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Pada majlis itu, Tan Sri Omardin Mauju merangkap Pengasas PSSLM turut menerima Anugerah Pendekar Malaysia daripada Najib di atas sumbangan beliau dalam membangun seni silat di negara ini.

Turut menerima anugerah Selendang Kehormat Tertinggi PSSLM ialah Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.
[Berita Harian Online]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PM kita adalah Ulul Amri 111 Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) dan penaung pertubuhan itu pula ialah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Hebat!

Persatuan kung fu kat Malaysia tak irihati ke dengan PSSLM?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Najib akui grup silat lincah meskipun isytihar ‘perang’ ke atas Bersih

Oleh Boo Su-Lyn July 07, 2011

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kumpulan silat dan seni mempertahankan diri lain sebagai barisan pertahanan ketiga negara ini termasuk daripada kumpulan yang mahu melancarkan “perang” berhubung tuntutan pembaharuan pilihan raya bersih dan adil.

Bulan lalu, Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) mencabar Bersih 2.0 yang mahu mengadakan perhimpunan mereka Sabtu ini.

Silat 2

“Saya percaya jika ada musuh-musuh yang mahu menyerang negara dari dalam dan luar negara, anak-anak lincah akan bangun menentang mereka,” kata Najib (gambar) dalam ucapannya malam tadi.

“Tetapi hari ini, kita berhimpun bukan untuk lawan. Kita berhimpun bukan untuk mengacu keris. Kita berhimpun untuk (menunjukkan) kesetiaan dan perpaduan bagi negara,” kata perdana menteri pada perhimpunan PSSLM sempena sambutan 50 tahun di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Najib berkata ada orang bukan Melayu pada majlis tersebut malam tadi meskipun ia seni mempertahankan diri orang Melayu.

“Kita tidak menentang bukan Melayu. Kita menganggap mereka juga sebagai rakyat negara ini,” kata Najib.

Kata Najib, anak-anak lincah juga tidak diajar menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan, sebaliknya, mereka dididik dengan nilai kerohanian yang tinggi untuk membentuk keperibadian mulia.

Pada majlis tersebut pengasas dan mahaguru PSSLM Tan Sri Omardin Mauju sebagai penerima pertama Anugerah Pendekar Malaysia bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam seni mempertahankan diri.

Omardin menerima selempang khas, sijil penghormatan, sepersalinan baju kebangsaan dan wang tunai RM50,000.

Akhir bulan lalu, Omardin berkata PSSLM memberi amaran kepada penganjur perhimpunan Bersih 2.0 supaya membatalkan hasratnya jika tidak mahu “berperang” dengan pengamal seni silat di negara ini.

Omardin berkata menjadi tanggungjawab pengamal seni silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan kerajaan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan serta huru-hara.

“PSSLM yang mempunyai ratusan ribu ahli juga akan turun pada 9 Julai itu sekiranya Datuk S. Ambiga masih mahu meneruskan perhimpunan haram tersebut. Kami tidak akan biarkan perkara itu berlaku kerana jelas sekali ia perbuatan yang menghina negara.

“Kami sebagai golongan pengamal silat merupakan pelindung kepada negara dan sultan sejak beratus tahun dahulu tidak akan berdiam diri. Sekiranya kami tidak mengambil apa-apa tindakan, kami akan dianggap dayus.

“Saya sendiri akan mengetuai persatuan silat ini walaupun saya berkerusi roda, saya akan turun dan berada di barisan paling hadapan. Kami tidak sanggup lagi melihat keamanan negara dipermainkan untuk tujuan politik,” katanya.
[Malaysian Insider]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PM meyifatkan kumpulan silat dan seni mempertahankan diri lain sebagai barisan pertahanan ketiga negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu ambil perhatian kenyataan PM.

Selain ATM, beliau boleh mobilised pendekar-pendekar kita untuk misi keamanan di serata dunia.

Mungkin juga menerajui misi menyelamat akibat serangan lanun seperti yang berlaku sedikit masa dulu.

Mereka juga berpotensi untuk membenteras terus lanun-lanun yang ada, tak kisahlah samada yang ada didalam atau diluar negara.

Cool!

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India