DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Julai 18, 2011

BSK 209. Marina Mahathir - kami semua menjadi 1Malaysia

Bismillah.
Assalamualaikum.

Anak sulung Che Det telah menyertai rakyat dalam perhimpunan “haram” Bersih 2.0 pada 09/07/2011.

Kami tak pasti samada pengalaman beliau  berjalan bersama anak dan rakan-rakan bermula berhampiran dari Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia smooth sailing atau mengalami pahit getir seperti lain-lain peserta.

BN merasakan kerajaannya terancam, kata Marina

M Krishnamoorthy
Jul 18, 11 11:27am

BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir.

Marina Mahathir “Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

“Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

“Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Pada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

“Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina.

Menarik kenyataan Datuk Paduka Marina Mahathir “BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi.”

Begitu juga katanya, “mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.”

“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.”

Bravo!

Adakah benar BN kehilangan kewarasan kerana Bersih 2.0?

Jika kita perhatikan “kelembutan” layanan yang dipertontonkan oleh pihak keselamatan kepada peserta-peserta perhimpunan “haram” Bersih 2.0 pada 09/07/2011, kata-kata beliau seperti ada kebenarannya.

PM mempromosi 1Malaysia dan Bersih 2.0 mempraktikkannya.

Gelombang 1Malaysia Bersih telah merimaskan PM. Tindakan anak sulung Che Det menyertai perhimpunan “haram” Bersih 2.0 melemaskan terus beliau.

BN memandang remeh Bersih 2007 dan mereka kalah banyak kerusi parlimen dan DUN.

Kali ini BN memandang dengan begitu serious Bersih 2.0 dan adakah mereka akan menyapu “bersih” kerusi parlimen dan DUN?

Mungkin tidak!

Wallahualam.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah kami ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepada kami dan kepada kedua ibubapa kami dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah kami dengan rahmat-Mu kedalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India