Bismillah.
Assalamualaikum.
Kita sedang memasuki fasa-fasa akhir Syawal. Hari ini dan 25 Syawal. Hari ini kami berhari-raya sekali lagi.
Diam tak diam kita dah masuk musim haji ni. Kami tak pasti siapa dikalangan ahli kariah kat sini yang bertuah menjadi tetamu Allah SWT dan Rasul-Nya tahun ini. Buat masa ni belum terdengar lagi sebarang cerita.
Seperti tahun-tahun terdahulu, sesiapa yang berniat untuk melakukan ibadah korban akan menulis nama mereka kat white board yang disediakan kat surau. Buat masa ini Lembu no.1 dah ada 5 nama.
Jika difikirkan sejenak, begitu pantas usia kita berlalu.
Pantas tak pantas waktu berlalu, harga saham FGVH turun naik. Siapa yang dah menjadi jutawan dan hartawan bila saham ini tersenarai kami tidak pasti.
Yang kami pasti bukan dikalangan peneroka. Jika mereka telah menjadi jutawan dengan penyenaraiaan saham Felda, takkanlah mereka terus menerus diberi dan masih menerima subsidi segera. Amat janggal bila golongan berada menerima pemberian sebegitu.
Kami sebenarnya malas nak cerita isu saham ni kerana tidak ada kena mengena dengan kami. Setahu kami tidak ada sedara-mara kami yang menjadi peneroka. Kawan-kawan pun tak ada rasanya.
Pada kami sekiranya saham FGVH naik atau turun itu rezeki mereka. Sebahagian besar dari mereka yang bersorak gembira bila diwar-warkan bahawa mereka akan menjadi kaya-raya dengan penyenaraiaan.
Sebelum saham ke bursa, peneroka ada pilihan samada nak sokong atau bantah. Ada yang bantah.
Sebahagian besar termakan pujukan dan janji manis puak yang diumpamakan oleh Tun Mahathir sebagai ‘syaitan yang orang kenal’. "Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.
Lalu tersenarailah dengan gah saham Felda.
Seperti yang kami katakan, kami malas nak cerita kerana tak ada benda yang menghubungkan kami dengan Felda. Hmm…. Betul ke?
Ada kot! Kami teringat ada juga membeli minyak kelapa sawit keluaran Felda. Betul!
Tetapi bila KWSP diheret untuk membeli saham syarikat berkenaan maka tindakkan tergesa-gesa itu da kena mengena dengan kami.
Geng-geng tu jadi instant millionaire. Yang terkorban, ‘simpanan masa tua’ pekerja-pekerja seperti kami.
Sampai bila mereka-mereka yang diamanahkan untuk mengendalikan wang pekerja-pekerja akan menurut kehendak beberapa kerat manusia yang tidak bertanggung-jawab? Persoalannya. Adakah kedua-dua kelompok ini tidak bertanggung-jawab?
Kami mengatakan tidak bertanggung-jawab kerana mereka mengetahui apa yang mereka lakukan tidak membawa kebaikkan kepada rakyat (terutama golongan pekerja dan peneroka) dan juga kepada negara tetapi mereka masih meneruskannya. Degil semacam je.
Wang simpanan pekerja dilaburkan macam air laut. Agihan dividen pencarum cuma segelas air sirap je. Beza macam langit dengan bumi.
Kami nak kongsi sikit nota yang ada kat kami mengenai syaitan dan puak-puak ni. Semoga kita boleh berhati-hati dan berfikir dan memilih dengan waras.
- Didalam penggunaan bahasa Arab, syaitan bermaksud setiap yang degil dan engkar dari golongan manusia, jin dan binatang.
- Didalam Al-Quran, Allah SWT telah menyuruh manusia supaya menjadikan syaitan sebagai musuh. Surah Faathir: ayat 6 yang bermaksud: “Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musun (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka”.
- Terlalu banyak tipudaya syaitan, antaranya seperti didalam surah Al-Mujadalah: ayat 13 yang bermaksud: “Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.
- Untuk mengalahkan syaitan, manusia perlu kepada pertolongan Allah SWT. Surah An-Nahl: ayat 99-100 yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya pengaruh syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan hasutannya melakukan syirik kepada Allah.
Cuba-cubalah kita meninggalkan kesemua itu. Agar kita dapat hidup dengan penuh keceriaan. Cerah masa depan.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunan kami. Ya Allah, berilah ampun bagi kami dan bagi kedua ibu-bapa kami serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. Kami memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam. Amiiin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan