DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Februari 26, 2013

BSK 348. BR1M 2.0: They make us like dogs

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

BR1M 2.0 diledakkan dengan isu Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) dilaporkan menyifatkan penerimanya sebagai binatang.

Adakah benar kata-kata TGNA?

Jika melayari internet, kita dapati pelbagai kisah menarik mengenai BR1M 2.0 ni. Panjang kisahnya. Cari-carilah sendiri. Rajin-rajinlah cari. Baru boleh temui kebenaran.

Kami cuma nak share satu kisah…..

Jumaat, 22 Februari 2013 kami berada di Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban di Seremban 2. Pagi tu nak berkunjung ke Pejabat Daerah dan Tanah Seremban. Nak jelaskan bil cukai tanah 2013. Tak nak pegang lama-lama bil tu. Takut terlupa. Kena pula bayar denda. Tak berbaloi rasanya.

Cepat sahaja urusan kat sana. Tak ramai pelanggan kat tempat pembayaran.

Keluar dari dewan bayaran kami lihat kaunter khidmat pelanggan di bahagian belakang bangunan dikerumuni orang ramai. Ada kaunter untuk orang ramai mengambil baucer BR1M 2.0 rupanya disitu.

Ada yang membawa surat rasmi untuk mendapatkan rezeki dan habuan masing-masing. Kami dapati ada yang membawa surat berkenaan diminta untuk pergi ke satu lokasi pengambilan pada tarikh yang lain.

No2535

Dalam beberapa orang itu ada seorang wanita yang nampaknya tidak puas hati dengan jawapan yang diterima. Wanita ini mempamerkan luahan hatinya dengan mengeluarkan kata-kata, “we are made like dogs”. Sebelum beredar beliau berkata lagi “they make us like dogs”.

Tak pasti kenapa beliau begitu marah. Mungkin beliau telah berkunjung ke pusat yang dinyatakan dalam surat rasmi tetapi diminta ke pusat lain. Bila diminta sekali lagi untuk ke tempat lain berkemungkinan membuat dia rasa dipermain-mainkan. 

Selalu kita lihat dalam TV, anjing akan mengejar ranting kayu, bola atau apa-apa sahaja yang dilempar oleh tuannya. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Tu sebab ada yang mengatakan “a dog is a man best friend”. Hmm…..

Kami respect pada pegawai kat kaunter tu. Walaupun nampak sedikit offended dengan kata-kata tadi tapi masih control coolness beliau. Pegawai wanita ni berkata mereka kena uruskan lebih 2,000 penerima BR1M 2.0 kat tempat tu.

Kami tahu dan faham bahawa mereka menjalankan tugas dan menyalurkan maklumat seperti yang telah ditaklimatkan.

Yang pasti PM dan isteri berkunjung ke Seremban pada 24 Februari 2013.

Tu sahaja yang kami nak kongsikan. Jadi fikir-fikirkan sendiri maksud kata-kata TGNA.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, tambahkanlah kurniaan-Mu kepada kami dan janganlah Engkau kurangkannya pada kami. Dan muliakanlah kami dan janganlah jadikan kami hina-dina. Dan limpahkanlah kurniaan-Mu keatas kami dan janganlah Engkau tahankannya daripada kami. Dan utamakan kami dan janganalah utamakan yang lain keatas kami. Dan redhailah kami dan redhailah semua usaha kami. Amin.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Agaknya tentu seronok menerima BRIM dari tangan YAB PM sendiri.....

Allah Maha Mengetahui.

Tanpa Nama berkata...

ap yg govt beri is based on rakyat laa... sebnrnya duit itu adalah hak rakyat sndiri atas plbgai cukai yg di byar... x wujud pn istilah gule2 dr bn ke ap.. time arrange brim.. ade gok tgok org kg sblum ney sokg pas n pr.. dtg gak amik.... ini semua adlh hak.. x kire pmimpin dr parti mane.. hak untuk rakyat bukan lah gule2 dr mereka.. ape yg dapt kite amik jek... kalau nk bicara pasal hak.. nok guane tuan guru duduk msia lg.. bicara politik..sebab die tahu hak untuk bersuare ade,, same mcm rakyat,, hak untuk kepntgan atas name as msians,,,,,,, no need to xplain frthr,,,, bnde yg mudah jgn di simpang siur kan,,, salam

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India