DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, November 25, 2015

BCK 6. Kekesalan Di Wajahnya

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Jom ikuti cerita kami…..

Seorang tukang kayu yang mahir telah tua dan bersedia untuk bersara. Dia memberitahu majikannya rancangannya untuk meninggalkan bidang binaan dan menjalani kehidupan yang lebih santai bersama keluarga. Beliau sedar tidak akan menerima gaji seperti kebiasaan, tetapi beliau perlu bersara.

Majikannya terasa amat sedih bila mengetahui pekerja mahir beliau akan pergi dan bertanya jika dia boleh membina sebuah rumah lagi atas permintaan peribadi beliau. Si tukang kayu bersetuju dengan permintaan itu dan diberi jaminan bahawa ini adalah menjadi projek terakhirnya. Berada dalam mood bersara, si tukang kayu tidak memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pembinaan rumah ini. Hatinya tidak di sana. Dia tidak mempergunakan kemahiran yang ada dan telah juga menggunakan bahan-bahan binaan yang tidak berkualiti. Satu pilihan yang amat malang untuk menamatkan sebuah kerjaya cemerlang.

Apabila kerjanya telah selesai, si tukang kayu menghubungi majikannya dan menunjukkan rumah yang dibinanya. Si majikan lantas menyerahkan beberapa helai kertas dan kunci pintu utama kepada tukang kayu dan berkata "Ini adalah rumah anda, hadiah saya kepada anda."

Si tukang kayu amat terperanjat! Kekesalan di wajahnya! Jika dia mengetahui bahawa rumah yang di bina itu adalah untuk dirinya, pastinya dia akan membuatnya dengan amat baik lebih baik daripada mana-mana rumah yang pernah dia bina!

Mari bandingkan situasi kita dengan si tukang kayu. Di dunia ini Allah Taala menyuruh kita membina rumah kita di syurga dengan mentaati perintah-Nya. Di saat dan ketika ini, kita perlu membuat keputusan sebaik mana rumah yang akan kita bina di sana di mana kita akan menghuninya untuk selama-lamanya.

Mahligai, istana, rumah….. apa pilihan kita? Sebelum itu….. syurga atau neraka?

جزاك الله خيرا

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India