السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Pada pagi Jumaat ni kami nak share dua hadith daripada hadith2 mengenai mereka2 yang memimpin dan dipimpin. Untuk kita2 yang berada kat akhir zaman ni.
Baca dan hayati…..
Hadith 1:-
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain. [HR: Bukhari]
Huraian Hadith:
Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang sangat mendorong umatnya untuk menuntut ilmu. Istilah ulama pula digunakan pada orang yang sangat memahami permasalahan agama dan mendalami ilmu agama. Pada zaman ini, hampir tiada lagi ulama' yang mempunyai penguasaan ilmu yang pelbagai melainkan hanya yang pernah belajar beberapa bidang ilmu tetapi hanya menguasai satu atau dua cabang ilmu sahaja. Berbeza dengan zaman lampau, orang yang disebut sebagai ulama' adalah mereka yang menguasai dengan ahli banyak cabang-cabang ilmu. Dengan perkataan lain golongan ulama' semakin lama semakin pupus. Justeru dengan waktu yang semakin singkat di akhir zaman ini ditambah dengan kesibukan dan kelalaian kita sendiri dalam mengurus waktu marilah kita sama-sama mengkaji dan mengambil ilmu daripada mereka kerana kehidupan ini tidak akan berjalan dengan tertib tanpa bimbingan dari para ulama'. Tetapi kenyataannya, ramai orang pada hari ini yang tidak memahami situasi tersebut sehingga mereka merasa mampu mengatur kehidupan dunia tanpa merasa perlu melibatkan golongan ulama. Bahkan ulama dianggap sebagai kelompok mereka yang tidak mengetahui situasi dan kondisi, tidak memahami perkembangan zaman dan hanya berbicara dalam masalah ibadah dan akhirat semata. Akibatnya timbul sikap menolak meremehkan golongan ulama dan keterlibatan mereka dalam urusan pengaturan dunia. Justeru tidak hairan ada golongan manusia yang menjadikan orang-orang yang jahil dan bodoh sebagai pemimpin mereka hingga akhirnya membawa kepada kesesatan dan kemusnahan. [HR: Al-Bukhari]
Hadith 2:-
Daripada Abu Said al-Khudri RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya dunia itu manis dan indah. Dan sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan kami sebagai khalifah di atas muka bumi, maka dia akan melihat apa yang kamu lakukan. Oleh itu takutlah dan berhati-hati terhadap dunia dan juga terhadap kaum wanita”. [HR: Muslim]
Huraian Hadith:
- Islam menghendaki umatnya supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dengan melakukan amalan-amalan kebaikan dan menjauhi segala larangannya.
- Islam membenarkan umatnya mencari harta dunia dengan cara yang tidak bertentangan dengan hukum syarak.
- Setiap pimpinan hendaklah menjalankan pemerintahan dengan adil.
- Berlumba-lumba mencari kemewahan dunia dan mematuhi kehendak wanita yang bertentangan dengan syarak adalah di larang.
- Dunia itu seperti buah yang segar dan enak, cantik di mata sedap di rasa.
- Peringatan kepada orang yang beriman agar tidak terpedaya dengan keindahan dunia yang melalaikan daripada azab neraka dan nikmat syurga yang lebih besar, begitu juga dengan wanita, elakkan daripada pergaulan bebas dan perbuatan yang boleh membawa kepada perkara yang terlarang jika wanita itu asing, dan jika isteri sendiri jangan menyebabkan terlanggar larangan Allah atau tertinggal pemerintahan kerana menurut kemahuan isteri.
Jika kita fikir2kan dengan tenang memang benar apa yang diriwayatkan dan betul juga apa yang dihuraikan.
Kesimpulannya yang memimpin dan dipimpin, jadilah mereka2 ini diantaranya:-
1.Bodoh dan diperbodohkan!
2.Sesat dan disesatkan!
3.Jahanam dan dijahanamkan!
Betul ke tak betul?
جزاك الله خيرا
[Sumber hadith: JAKIM]
0 comments:
Catat Ulasan