DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Disember 25, 2015

BHK 7. Al-Quran Selawat

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Bertemu kita di petang Jumaat ini.

Semalam, 24/12/15 kita menyambut sambutan Maulidur Rasul SAW untuk tahun 1437H.

Tahun 2015 ini kita meraikan sambutan itu dua kali sebenarnya. Pertamanya pada 03/01/15 untuk tahun 1436H.

Mari kita perbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا (٥٦)1

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Surah Al-Ahzab ayat 56]

Jom kita digest hadith dibawah ini.

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepada-ku sekali selawat, nescaya Allah limpahkan sepuluh rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat itu." [HR: Abu Hurairah r.a]

Huraian Hadith:

i) Setiap umat Islam digalakkan membanyakkan bacaan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w
ii) Maksud berselawat itu ialah berdoa memohon supaya Allah S.W.T melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada baginda .
iii) Berselawat itu ganjarannya amat besar sekali iaitu diberikan sepuluh rahmat bagi setiap satu selawat yang dibacakan.

Perbanyakkan juga membaca Al-Quran, mukjizat yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi kita. Mukjizat yang ada pada kita tapi kita selalu abaikan. Mungkin juga tak sampai kat minda kita bahawa ianya mukjizat. Haru!

Fikir2kan hadith ini…..

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya. [HR: Muslim]

Huraian Hadith:

  1. Al-Quran merupakan kalam Allah SWT dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah SWT telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
  2. Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah SWT. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh memberikan syafaat di hari akhirat kelak.
  3. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.
  4. Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah SWT di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu') dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta'auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.
  5. Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.

Terbaik!

جزاك الله خيرا

[Sumber hadith: JAKIM, Sumber ayat: QuranExplorer.Com]

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India