Bismillah.
Assalamualaikum.
Pagi Ahad kami dan wife menghantar anak pertama balik ke Unisel. Kami gunakan route biasa Seremban-Meru-Batang Berjuntai. Dah terbiasa dengan Batang Berjuntai susah nak adjust atau tak best untuk menyebut atau menulis Bestari Jaya.
Sampai kat Meru, kami buat detour kat Jalan Haji Salleh. Saja-saja teringin nak ambil angin kat sana. Kami pusing-pusing sebentar kat situ. Kedai tomyam belum dibuka. Zooooom! Kami laju je. Belok kat Jalan Kasban. Zooooom! Laju lagi. Ish ish ish. Berapa banyak zooooom la!
Cuaca baik. Selamat sampai kat destinasi. Perjalanan balik pun OK. Alhamdulillah.
Hari Isnin kami dan wife berkereta lagi. Kali ini hantar anak kedua balik ke KUIS. Tak singgah mana-mana. Seremban ke KUIS tak jauh. Masuk tol keluar tol je. Santai 20 minit dah sampai. Tak sempat nak menguap. Tak sampai setanak nasi pun jauhnya. Tak payah beli air 100Plus atau Livita. Gula-gula pun tak perlu. Hmm…..
Anak kedua kami ditempatkan kat apartment semacam ini. Lebih sikit bayornya. Huhu.
Kami balik pun tak ada masalah. Alhamdulillah.
Jauh atau dekat kami layan sama sahaja. Kan namanya anak!
So….. semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunan kita. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan