DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Januari 01, 2011

BSK 157. SUK Selangor Kemelut Terancang

Bismillah.

Assalamualaikum.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) membelakangkan Kerajaan Negeri Selangor dalam menentukan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)?

“Proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan Menteri Besar sebelum diserahkan kepada Sultan Selangor untuk diperkenan.

“Selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri memanjangkan nama calon berkenaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat untuk proses dokumentasi pelantikan,” kata Khalid lagi.

Kita baca komen penuh MB Selangor dibawah:
Isu SUK: Khalid dakwa KSN tak hormati fungsi MB, sabotaj Selangor

Dr Khir juga membidas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mengadakan proses pemilihan sendiri untuk memilih calon Setiausaha Kerajaan Negeri, yang menurutnya ia satu tindakan tidak yang sah.

“Jawatankuasa yang dibentuk oleh Khalid untuk memilih (calon) Setiausaha Kerajaan Negeri adalah tidak sah. Kemungkinan beliau tidak berunding dengan penasihat undang-undang negeri,” kata beliau.

Malah menurut beliau, Khalid sangsi dengan perkhidmatan awam kerana beliau lebih berminat untuk mencapai agenda politiknya.

“Beliau ada begitu banyak agenda politik, disebabkan itu beliau meragui semua orang,” kata Dr Khir.

Kita baca juga komen penuh mantan MB Selangor:
Khir Toyo: Panel pilih SUK tidak sah

“Di bawah perlembagaan, kuasa untuk melantik anggota ‘ex-officio’ Exco termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri terletak pada Sultan,” kata Aziz.

“Tetapi baginda (Sultan) perlu mempertimbangkan nama-nama yang dipersembahkan oleh suruhanjaya perkhidmatan yang berkaitan, dan sebelum baginda melakukannya, Sultan mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar,” kata beliau lagi.

Kita baca juga komen penuh pakar perlembagaan:
MB Selangor dinasihat cabar kemelut SUK di mahkamah

Kawan-kawan dah baca ketiga-tiga lapuran diatas?

IMG_0268 2

Kami setuju dengan kata-kata mantan MB Selangor! 100%!

Kata-kata yang kami setuju iaitu “beliau (Tan Sri Khalid Ibrahim) lebih berminat untuk mencapai agenda politiknya.

Pada kami setiap MB perlu SUK yang boleh bekerja membantu mencapai wawasan kepimpinan untuk kepentingan  rakyat negeri yang dibawah kepimpinan mereka. Itu adalah agenda politik setiap pemerintah. Tidak kisah samada BN atau Pakatan yang memerintah. Cuba fikir-fikirkan dengan tenang.

Pada kami lagi, nampak sangat ada mereka-mereka dibelakang tabir yang mahu kerajaan Selangor sekarang dilanda masalah.

Telah diketahui umum, Datuk Mohamad Khusrin Munawi tidak sehaluan dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor  semasa beliau menjawat jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Kenapa pulak dia boleh dilantik? 1Malaysia boleh membuat tekaan dengan tepat kenapa! Well….. itu agenda politik siapa pulak? Fikir-fikirkan dengan waras.

so….. semoga Allah SWT curahkan kurnia hidayah-Nya kepada kita untuk melaksanakan amal perbuatan serta perilaku yang baik. Tidak ada yang memberi petunjuk untuk melaksanakan perbuatan serta perilaku yang baik kecuali Dia. Dan jauhkanlah buruknya perilaku dan perbuatan dari kita kerana tidak ada yang dapat menjauhkan kita darinya, kecuali Dia. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India