DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Januari 11, 2011

BSK 163. Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Pusing-Pusing

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kontraktor Melayu minta maaf ada rakaman video
Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 10 Jan: Kerajaan negeri ada rakaman video menunjukkan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzil Hasan memohon maaf dan menarik balik semua kenyataan akhbarnya memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam sidang media di pejabatnya tengah hari tadi tidak menyangka Fadzil bercakap 'tidak serupa bikin' apabila bertindak menafikan kenyataannya berbuat demikian dalam akhbar arus perdana semalam.

“Kenapa beliau sanggup memutar belitkan kenyataan walhal beliau sendiri mengungkapkannya di hadapan media serta salah seorang Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kassim.

"Kenapa beliau putar belitkan kenyataan yang dibuatnya sendiri. Tak apa kita ada bukti rakaman sidang media itu.  Dan, ia boleh memalukanya dirinya sendiri," jelasnya.

Lim tidak faham kenapa tiba-tiba Mohamed Fadzil bertindak seumpama itu dengan menggunakan media pro Barisan Nasional (BN) bagi memperbetulkan dirinya semula dengan membelakangkan fakta sebenar.

Pada 7 Januari lalu, Fadzil dengan rombongan telah berbincang dengan Ketua Menteri sendiri sebelum bertindak memohon maaf secara terbuka kepada Lim dan Kerajaan Negeri kerana sering melemparkan kenyataan yang kadang-kadang tidak munasabah.

Selepas Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan, Kontraktor Melayu Pulau Pinang acapkali mengeluarkan kenyataan pedas kononnya kerajaan pimpinan Lim menafikan projek untuk orang Melayu sedangkan pada tahun 2008 hingga 2010 sebanyak 18 projek melibatkan Jabatan Pengairan dan Saliran diperolehi oleh Melayu melibatkan peruntukan RM40 juta.

Manakala tender Jabatan Kerja Raya pula menyaksikan 17 projek bernilai RM20 juta yang diluluskan antara Januari hingga 30 November 2010 di mana 16 diberikan kepada kontraktor Melayu dan hanya satu bukan Melayu. [Harakah Daily]

parrot

[Gambar dari altham.com]

Semalam cakap lain, hari ini cakap lain pulak. Pusing-pusing pertuturan mereka-mereka ini.

Kami cuma nak kata, mereka-mereka ini macam burung “kakaktua”. Boleh bertutur, tapi tak faham atau mengerti apa yang dituturkan. Menyedihkan!!!

“Walau apa pun, kami berbangga dengan pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan kerana permohonan maaf beliau. Bukan semua orang boleh merendahkan ‘ego’ masing-masing dan secara terbuka datang meminta maaf.

Semoga ‘era baru’ yang ingin dibina akan berjalan lancar seperti yang dihajatkan.”

Diatas adalah kata-kata kami dalam posting kami BSK 161. Kontraktor Melayu Mohon Maaf

Kami tarik balik kata-kata kami itu.

So….. Ya Allah wahai Tuhan kami, kami berlindung dengan Mu daripada kejahatan akhlak dan pandangan yang buruk. Kami juga berlindung dengan Mu dari kesudahan yang buruk pada harta-harta kami, keluarga kami dan anak-anak kami. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India