DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Januari 17, 2011

BSK 167. Dialog Ketua Agama Bincang Isu Sosial

Bismillah.

Assalamualaikum.

“Saya mencadangkan mana-mana badan bebas untuk menganjurkan satu pertemuan di antara ketua agama-agama utama di Malaysia bagi mendapatkan satu pandangan yang jelas berkenaan arak, judi dan zina (pergaulan bebas) menurut agama masing-masing.

“Ini penting bagi memberikan satu gambaran kepada masyarakat bahawa bukan Islam sahaja yang mengharamkan ketiga-tiga perkara tersebut,” katanya.

Itu adalah kenyataan dari Mursyidul Am PAS,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Untuk berita penuh, klik kat bawah ini:
Nik Aziz syor dialog libatkan semua agama bincang isu sosial

No1098

Satu cadangan yang cukup bernas dari MB Kelantan itu. Ini kerana bukan semua orang awam mengetahui dengan mendalam agama masing-masing.

Malang sekali kerana dah nak masuk 54 tahun merdeka masih ada yang mempertikai mengenai azan, pengharaman minuman keras, judi dan zina.

Mungkin dengan bersemuka dan menyatakan pendirian agama masing-masing terhadap isu-isu sosial berkenaan, masyarakat akan lebih menerima pakai penerapan nilai-nilai murni yang ingin dan telah dilakukan oleh negeri-negeri di bawah pimpinan PR.

Jadi tidaklah ada lagi orang besar atau NGO yang akan  mengeluarkan perkataan “menghina Islam” dan “menderhaka kepada raja” atau perkataan-perkataan lain  yang sewaktu dengannya.

Berkemungkinan besar kita akan dapat hidup aman sejahtera bila orang awam sudah mengetahui sedikit sebanyak ajaran agama masing-masing.

So….. Ya Allah perbaikilah untuk kami agama kami, yang menjadi pemelihara bagi urusan kami dan perbaikilah bagi kami dunia kami yang didalamnya berlaku kehidupan kami. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India