Bismillah.
Assalamualaikum.
Kita sudah sampai dipenghujung fasa kedua puasa. Solat tarawih malam ini merupakan penutup fasa itu.
Persoalannya. Adakah kita mendapat kebaikkan fasa kedua ini? Adakah perancangan kita seiring dengan kehendak Allah? Adakah kita memenuhi syarat-syarat bagi mendapat keampunan yang dijanjikan? Fikir-fikirkan sendiri.
Kita akan melalui fasa ketiga dan terakhir. Dimana fasa ini merupakan fasa yang terlalu amatlah mencabar kita semua. Fasa pelepasan dari api neraka.
Fasa yang kami gelar fasa ‘Qadr vs Eid’.
Terus terang kami katakan, fasa akhir ini, keghairahannya seperti penutup bursa saham, bercampur-campur.
Kita ghairah mencari Lailatul Qadr. Kita juga ghairah menanti Syawal. Adakah mahu menumpukan pada Lailatul Qadr atau menumpukan pada persiapan Aidil Fitri?
Kedua-dua keghairahan ini pastinya akan bertembung. Mampukah kita mengimbanginya?
Kita diberitahu bahawa jika dua keinginan bertembung, salah satunya pasti tertangguh. Kita tidak akan mendapat keduanya.
Kami pun tidak terkecuali dari membuat pilihan besar ini. Kacau dan haru juga dibuatnya. Huhu.
Mahu tak mahu kita semua akan melaluinya. Kita akan menempuh dugaan dan cabaran ini sebagaimana tahun-tahun terdahulu dan insyaAllah tahun-tahun mendatang. Adakah kita akan terus mengikut arus?
Well….. kita perlu banyak memohon petunjuk dan bantuan dari Allah SWT. Berdoa cara yang terbaik bagi kita umat Islam. Senjata kita tu.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, tunjukilah kepada kami perkara yang benar itu adalah benar dan pandulah kami supaya mengikutinya dan tunjukanlah kami perkara yang batil itu adalah batil supaya kami meninggalkannya. Ya Allah, baikkanlah keberkasanan perbuatan kami dalam segala urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan