DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Ogos 04, 2012

BSK 315. PM: Marilah bersama saya membina masa depan Malaysia yang kita impikan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari ini 15 Ramadhan 1433H. Sedar tak sedar kita berada di dua pertengahan ketika ini. Pertengahan bulan Ramadhan dan pertengahan fasa kedua puasa.

Kami tinggalkan seketika cerita puasa ni. Nak kisahkan sikit mengenai cukup umur. Kali ini pasal cukup umur nak mengundi. Lain kali mungkin cerita lain. InsyaAllah.

3/4 dari anak-anak kami telah mendaftar sebagai pengundi. Dah cukup haul katakan.

Baru-baru ini abang telah menerima slip pengesahan. Mengesahkan bahawa beliau adalah seorang pengundi berdaftar dan bukannya pengundi hantu.

No2240No2241

Bukan dari pengerusi SPR tetapi dari Pengerusi BN. Siap dengan ungkapan yang cukup syahdu, “Marilah bersama saya membina masa depan Malaysia yang kita impikan.” Hmm…..

Yang dua lagi lewat sikit mendaftar. Harap-harap mendapat peluang untuk mengundi. InsyaAllah.

Yang seorang lagi, anak bongsu belum cukup umur.

Kita diberitahu bahawa belia mewakili 45% daripada populasi penduduk negara. Jumlah mereka 12.5 juta orang.

Ramai tu!

Jika dicongak-congakkan mereka ini bakal mencorakkan dan menentukan kerajaan selepas PRU13 nanti. Itu pun jika mereka mendaftar.

Golongan belia yang telah mendaftar dan juga  pengundi-pengundi veteran pada kali ini diberi dua pilihan. Memberi faktor X kepada BN atau PR.

Mana satu pilihan anak-anak kami?

Well….. kami berpendapat mereka telah cukup matang untuk membuat penilaian dan pemilihan sendiri. Tak perlu dirisaukan.

Maklumat dihujung jari je. Klik, compare dan lihat diluar sana.

Dulu kesemua kerajaan negeri di bawah tadbiran BN kecuali di Kelantan.

Ketika ini, diluar sana  ada tiga lagi kerajaan negeri dibawah pentadbiran PR.

Bandingkanlah! Takkan perkara simple macam tu pun perlu penjelasan selanjutnya. Fikir-fikirkan sendiri.

Pilihan kami dan wife?

Rahsia! Tapi apa yang boleh kami katakan, kami akan memilih seperti PRU12 tahun 2008 dulu. Wife pun begitu juga.

Kami tak tipu. Tunggu…..

So….. ya Allah ya Tuhan kami, dengan nama Allah, tiada sesuatu pun yang boleh memberi mudarat kepada kami di bumi dan juga di langit dengan berkat namaNya. Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami perkara yang benar itu adalah benar dan pandulah kami supaya mengikutinya, dan tunjukkanlah kami perkara yang batil itu adalah batil supaya kami meninggalkannya. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India