Bismillah.
Assalamualaikum.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada ketika ini berada di Kota Suci Mekah.
Baginda berdua tiba di Madinah pada hari Jumaat lepas. Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah serta rombongan menziarah makam Nabi Muhammad SAW dan bersolat di Masjid Nabawi.
Seri Paduka berdua berangkat ke Jeddah pada hari Sabtu iaitu semalam dan memasuki Kota Makkah bagi menunaikan umrah.
Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat melawat Ibu Pejabat Tabung Haji di Makkah serta bertemu para jemaah haji Malaysia hari Isnin ini.
Seri Paduka berdua akan berwukuf pada Khamis bersama tiga juta umat Islam dari seluruh dunia yang menunaikan haji musim ini.
Semoga baginda berdua mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah.
Kami juga benar-benar berharap apabila Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kembali ke Malaysia baginda akan menghentikan kebiadapan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang lantang menghina dan memburukkan Islam.
Baginda selaku ketua agama Islam semestinya campur tangan dalam kebiadapan manusia seekor ini yang seolah-olah mendapat lesen menghina dan memburukkan Islam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kami merasakan tidak berusaha untuk mengawal keadaan, memilih untuk diam membisu malah tidak mahu menasihatkan rakan sekutu beliau itu agar berhenti menghina dan memburukkan Islam.
Kami beranggapan begitu kerana PM yang menjadi tetamu kehormat bagi merasmikan perhimpunan agung MCA ke-59 mempunyai kesempatan terbaik untuk memberi nasihat tetapi beliau memilih untuk terus membisu di majlis tersebut.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sebagai sasaran bagi orang-orang kafir dan ampunilah kami, ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan kami berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan. Amiiin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan