Bismillah.
Assalamualaikum.
Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara kedua umrah itu. Manakala haji yang mabrur pula akan dibalas dengan syurga kepada orang yang mengerjakannya. [HR Bukhari dan Muslim]
Menjadi tetamu Allah SWT dan Rasul-Nya merupakan idaman tiap umat Islam seluruh dunia. Dalam normal circumstances umat Islam diwajibkan untuk menunaikan ibadah haji sekali seumur hidupnya. Tetapi tidak dinafikan ada juga insan-insan yang berpeluang melakukannya lebih dari sekali. Ada juga yang dikatakan berjaya ke sana berkali-kali. Rezeki masing-masing!
Di negara kita angka terkini menunjukkan jumlah pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) mencapai 8.1 juta di seluruh negara.
Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Kamarudin Mat Ali berkata, peningkatan jumlah pendeposit TH setiap tahun menunjukkan kesedaran orang ramai untuk membuat penyimpanan awal sebagai persediaan mengerjakan ibadat haji.
“Setiap tahun, pendeposit TH semakin meningkat hingga menyebabkan kita terpaksa memilih pencarum benar-benar layak diberi keutamaan menunaikan haji, berikutan jumlah mereka yang menunggu giliran kini berjuta orang.
“Bagi mereka yang sudah mengerjakan haji diminta memberi laluan kepada mereka yang berada di dalam senarai menunggu dan golongan pencarum berdaftar yang berusia 75 tahun ke atas.”
Umum mengetahui berdasarkan sistem kuota yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi, peruntukan terkini yang diberi kepada negara kita cuma 28,000 jemaah haji sahaja. Berkemungkinan jumlah ini akan berkekalan sehingga beberapa tahun akan datang. Kita juga mengetahui sistem kuota diluar bidang kuasa kita. Pihak berkuasa Arab Saudi menetapkan kuota berdasarkan 0.01% daripada penduduk sesebuah negara.
Pengalaman kami. Seingat kami, musim haji 2003 adalah tahun kuota itu dikuatkuasakan kepada negara kita. Tahun itu kami telah diminta untuk menghadiri sessi Kursus Asas Haji atau lebih dikenali Kursus Haji Bersiri. Kami juga menghadiri Kursus Intensif Haji dan juga Kursus Perdana Haji. Namun sehingga berakhir program Kursus Perdana Haji status kami masih belum dapat di confirmkan.
Sebelum Kursus Perdana Haji dan semasa program itu berjalan kedengaran desas desus menyatakan tidak semua yang menghadiri Kursus Perdana Haji tahun itu dapat ke Mekah. Dikatakan cuma separuh sahaja jemaah yang akan menerima tawaran.
Kami akhirnya menerima confirmation menyatakan dukacita kerana tidak dapat mengerjakan haji pada tahun itu tetapi disenaraikan pada sessi musim haji tahun berikutnya.
Sebelum 2003 negara kita berupaya menghantar jemaah melebehi kuota yang ditetapkan. Dikatakan sekali ganda lagi. Namun itu cerita lama. Kini strictly quota. Permohonan beberapa negara untuk mendapatkan jumlah lebih ditolak.
Bukan negara kita sahaja yang mengalami masalah menunggu giliran. Negara lain pun mengalami perkara yang sama.
Kuota merupakan cabaran kepada bakal jemaah. Ianya juga merupakan cabaran utama TH. 8.1 juta pendeposit tentu teruja untuk mengetahui camno TH mengagih-agihkan kuota itu.
Pada hemat kami lebihkanlah kuota kepada peserta haji ‘Muassasah’. Dan bantulahlah warga emas yang berada lama dalam senarai menunggu.
Ramai jutawan Melayu kat Malaysia. Jika warga emas yang simpanannya tidak mencukupi minta bantuan jutawan-jutawan kita menambah. Minta seorang jutawan sponsor 5 pasangan atau 10 jemaah. Lebih ramai lebih baik. Maksima sponsor untuk seorang jemaah katakan RM5,000 atau lebih sikit. Baru RM50,000++ sahaja. Yang sponsor dapat menambah simpanan akhirat dan juga mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT. Contoh je nak bantu golongan warga emas yang tidak berkeupayaan.
Pengalaman kami. Perkara paling exciting mengenai muassasah semestinya penginapan jauh dari masjid dan jamrah. Setiap waktu solat kami dan wife akan menyusur jalan ke Masjidil Haram semasa di Mekah dan Masjid Nabi di Madinah. Untuk melakukan lontaran pun begitu. Itu yang mengujakan. Tak percaya? Sendiri kena laluinya.
Mekah dan Madinah memang idaman semua. Berdoalah agar kita dicalonkan oleh Allah SWT menjadi tetamuNya dan tetamu RasulNya.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman, wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan