بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Kita masih di bulan Rabiul Awal, bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w. semoga hati kita lembut dan mengasihi dan mencintai Baginda melebehi sesiapa jua termasuk diri sendiri.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kami nak berkongsi satu perkara yang selalu diperingatkan kepada kita oleh ramai orang. Kami pasti semua mengetahui peringatan ini. Disini kami cuma nak refreshkan peringatan itu.
Rasulullah s.a.w ditanya oleh para sahabat, ya Rasulullah apakah seksaan orang-orang yang meninggalkan dan mentak’hir (melewat-lewatkan) waktu sembahyang?
Jawab Baginda s.a.w. : “Seksaan orang-orang yang meninggalkan dan mencuaikannya, maka Allah s.w.t. akan membalasnya dengan 15 bala (seksaan)”.
Para sahabat bertanya lagi, apakah seksaan itu ya Rasulullah?
Jawab Rasulullah s.a.w. : “ Bahawa enam macam seksaan akan diterima sewaktu di dunia (sepanjang hayat), tiga seksaan semasa ketika hendak mati (sampai ajalnya), tiga seksaan sewaktu di alam kubur dan tiga seksaan lagi ketika menemui Allah s.w.t. di hari berbangkit.”
Para sahabat Nabi s.a.w. bertanya lagi, apakah bentuk seksaan Allah s.w.t. ketika di dunia akibat perbuatan suka meninggalkan dan melewat-lewatkan sembahyang itu?
Dengan pantas Rasulullah s.a.w. menjawab …..
- Umurnya tidak diberkati oleh Allah s.w.t., mereka akan hilang berkat umurnya yakni hidup percuma sahaja dengan kekosongan. Walau pun kelihatan hidupnya mewah kemewahannya itu hanya pandangan umum sahaja, rezekinya juga kurang berkat dan seandainya dia kelihatan kaya raya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat baginya.
- Terhapus tanda soleh di mukanya. Allah Taala juga akan menghilangkan tanda orang soleh di mukanya dan dia tidak diakui termasuk dalam golongan Islam (dia dimasukkan di dalam golongan munafik yang hanya pada zahirnya sahaja Islam tetapi batinnya munafik).
- Segala amalan kebajikannya tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. seperti sedekahnya tidak akan mendapat pahala dan sebagainya.
- Doanya tidak akan naik ke langit kerana pintu langit tertutup.
- Segala makhluk benci kepadanya (samada golongan manusia yang beriman, haiwan dan segala apa yang dijadikan oleh Allah di alam ini).
- Tidak terpelihara bagi ugama Islam, kerana kalaulah sembahyang yang diwajibkan itu sebagai tiang agama berani ditinggalkannya sudah tentulah ia lebih lagi akan mensia-siakan kewajipan ugama yang lain.
Lalu para sahabat bertanya lagi, apakah seksaannya ya Rasulullah ketika hampir ajal?
Jawab Baginda…..
- Matinya dalam keadaan kehinaan, yakni pencabutan nyawanya itu oleh malaikat Izrail tanpa belas kasihan.
- Matinya dalam kelaparan, kelaparan bukan kerana tidak ada makanan yang disediakan, sebaliknya tidak ada nafsu makan akibat terlalu sakit ketika rohnya hendak keluar.
- Matinya dalam keadaan paling dahaga dan boleh diibaratkan jika diberi air minuman yang ada di dunia ini, dahaganya masih tidak hilang.
Para sahabat bertanya lagi, apakah seksaan ketika di alam kubur ya Rasulullah?
Jawab Baginda…..
- Allah s.w.t. akan menyempitkan dan menggelapkan kuburnya. Para malaikat disuruh menyeksa tidak henti-henti sehinggalah hari kiamat, begitu juga kepada mereka yang melengah-lengahkan sembahyang itu disifatkan sebagai orang munafik.
- Mayatnya akan disalaikan dengan api neraka didalam kubur itu sehingga hari berbangkit.
- Allah s.w.t. akan menyuruh ular bernama Saja’ul Akra, ular itu lain dari yang lain kerana matanya dari api dan bertangan dengan mempunyai kuku dari besi. Saja’ul Akra akan membawa alat pemukul dari besi menemui mayat sambil mengeluarkan suara halilintar katanya “Aku disuruh oleh Tuhan ku untuk memukul engkau kerana engkau telah meninggalkan fardu subuh hingga masuk waktu Zohor, kemudian dari Zohor hingga Asar, dari Asar ke Maghrib, Maghrib ke Isya’ sampai waktu Subuh semula”. Ular itu terus memukul hingga terbenam beberapa hasta kedalam bumi, setelah itu dikoreknya dengan kukunya yang panjang dan dipukul lagi, begitulah keadaan mayat itu sehingga sampai ke hari kiamat.
Para sahabat bertanya lagi, apakah seksaannya ketika bertemu dengan Allah s.w.t.?
Jawab Baginda…..
- Allah sangat murka kepadanya.
- Allah akan mengutus malaikat iaitu malaikat Zabaniah. Pada hari kiamat akan didatangkan malaikat dengan rantai yang panjang, rantai itu akan diikat pada leher orang yang meninggalkan sembahyang lalu dimasukkannya ke dalam mulut dan dikeluarkan melalui duburnya. Malaikat itu akan menarik dan menyentap-nyentap dalam keadaan tunggang-langgang sambil ia berteriak “Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan sembahyang yang difardhukan”.
- Kemudian mereka akan dicampakkan ke dalam neraka Saqar. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Muddasir ayat 42, dengan cara menghina yang bermaksud “Kata Allah, apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka Saqar ini? Kata mereka (penghuni dengan rasa sedih dan kesal), adalah kami ini orang-orang yang meninggalkan sembahyang”.
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sehampir-hampir seseorang hamba itu kepada Tuhannya ialah semasa ia sujud”.
Itulah refresher yang kami nak share. Fikir-fikirkan.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau melindungi kami daripada kejahatan pendengaran kami, pandangan kami, pertuturan kami, hati kami dan juga daripada kejahatan mengungkit-ungkit. Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari kemalasan serta lanjut usia dan buruknya perbuatan di masa tua, dari godaan-godaan dunia dan dari siksa kubur. Amin.
Wassalam.
Sumber: Panduan Sembahyang Fardu dan Jenazah Serta Himpunan Sembahyang-sembahyang Sunat (Fardu Ain) – Susunan Ustaz Haji Abu Zaki Bin Haji Yusof
0 comments:
Catat Ulasan