DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Februari 08, 2013

BSK 344. Pembantu Saja’ul Akra menggigit

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hari ini kami nak share sikit lagi balasan yang dijanjikan kepada orang-orang yang meninggalkan dan mencuaikan sembahyang. Jom…..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ada perbezaan seseorang muslim dengan munafik melainkan meninggalkan sembahyang. Maka apabila seseorang itu meninggalkan sembahyang dengan sikap engkar kepada kewajipan ke atasnya, maka adalah ia kafir”.

No2525Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Barangsiapa meninggalkan sembahyang dengan sengaja maka sesungguhnya ia kafir yang nyata”.

Berdasarkan hadis tersebut juga menyebabkan para ulama setengahnya berpendapat, jika seseorang yang mengaku menganut agama Islam tetapi langsung tidak pernah mengerjakan sembahyang sepanjang hidupnya, maka apabila dia mati tidak diwajibkan sembahyang akan jenazahnya. Ada juga yang berpendapat haram menyembahyangkannya.

Riwayat dari Ibnu Abbas r.a. berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa bermula orang yang meninggalkan sembahyang itu, tidaklah dia dari golongan Islam. Allah tidak menerima tauhid dan imannya serta tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadahnya”.

Jom kita hayati kisah dibawah…..

Pernah berlaku seorang penduduk di zaman Khalifah Abu Bakar meninggal dunia. Setelah dikapankan, lalu diletakkan di satu sudut rumah untuk disembahyangkan.

Bagaimanapun, ketika hadirin hendak memulakan sembahyang, kelihatan mayat itu bergerak-gerak dan masing-masing menyangka mayat itu hidup semula.

Lalu salah seorang dari mereka memberanikan diri dan membuka ikatan kapan mayat itu.

Mereka semuanya sungguh terperanjat kerana didapati mayat itu penuh dengan ular yang menggigit-gigit tubuh mayat berkenaan. Lantas salah seorang dari mereka mencapai kayu hendak memukul ular-ular itu.

Bagaimanapun sebelum dia berhasil berbuat begitu, ular-ular itu mengucapkan dua kalimah syahadah dengan begitu fasih dan berkata, “Kenapa hendak membunuh aku sedangkan aku tidak bersalah dan tidak menyakiti dirimu. Aku hanya diperintahkan Allah untuk menyeksa mayat ini dan disuruhnya menyeksa hingga hari kiamat”.

“Apakah sebabnya maka engkau disuruh menyeksa mayat ini dan apakah dosa yang dilakukannya?” tanya hadirin dengan penuh takjub.

Ular itu terus menjawab, “Mayat ini sepanjang hayatnya membuat tiga macam kesalahan yang menyebabkan dirinya terseksa. Pertama dia mendengar azan tetapi hanya acuh tak acuh sahaja dan tidak menunaikan sembahyang lebih-lebih lagi sembahyang berjemaah. Kedua, enggan mengeluarkan zakat hartanya dan ketiga tidak mahu mendengar nasihat dari para alim ulama. Kerana itulah dia diseksa”.

Pada kesempatan lalu ada kami kongsikan balasan orang-orang yang meninggalkan sembahyang. Salah satu dari tiga seksaan yang disediakan di alam kubur adalah Allah SWT akan menyuruh ular bernama Saja’ul Akra memukul mayat dengan pemukul besi hingga hari kiamat. Difahamkan ular ini amatlah besar.

Adakah ular-ular yang menggigit-gigit mayat dalam kisah diatas pembantu-pembantu Saja’ul Akra?

Kisah diatas berlaku semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar iaitu sahabat Nabi s.a.w. yang paling utama. Tak lama pun setelah kewafatan Rasulullah s.a.w.

Kita renungkan, di zaman para sahabat dimana Nabi s.a.w. baru wafat telah pun ada umat Islam yang mencuaikan sembahyang. Itu 1430++ tahun dahulu.

Kita sekarang ini hidup di akhir zaman, dimana kebendaan, kemewahan dan keseronokan menjadi agenda utama kehidupan manusia. Adakah kita sengaja mencuaikan atau sengaja meninggalkan terus tuntutan sembahyang itu?

Fikir-fikirkan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon segala sesuatu kebaikan seperti yang dipohonkan oleh Nabi-Mu, Kekasih-Mu, Utusan-Mu dan Hamba-Mu Muhammad s.a.w. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada keburukan dan kejahatan sebagaimana perlindungan yang dipohon oleh Nabi-Mu, Kekasih-Mu, Utusan-Mu dan Hamba-Mu Muhammad s.a.w. Amin.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sumber: Kitab Panduan Sembahyang Fardu dan Jenazah Serta Himpunan Sembahyang-sembahyang Sunat (Fardu Ain) – Disusun oleh Ustaz Haji Abu Zaki Bin Haji Yusof (ms 31-32).

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India