DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Februari 14, 2013

BSK 346. Bila Februari timbul kembali

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Februari timbul kembali. Tarikh 14 Feb telah dinobatkan sebagai hari kekasih atau mengingati kekasih. Hari ini disambut dengan meriah diseluruh dunia. Untuk tahun 2013 hari ni le harinya.

No2524

Dulu-dulu hari ini disambut dengan memberi pasangan atau kekasih bunga ros. Hari ini pelbagai cara hari ini dirayakan. Bukan saja bagi bunga, kad ucapan, hadiah, makan-makan, nyanyian dll. Complete package nak tunjuk kat pasangan atau kekasih bahawa adanya mereka benar-benar disayangi dan dihargai. 

Jika dah disambut seluruh dunia takkan tak disambut kat Malaysia kan? Kat dalam kalendar kuda pun ada catatan hari ini walaupun ianya bukan cuti umum negeri atau persekutuan. Hebat tak hebat hari tu! Tak percaya? Cuba check kalendar kuda yang tergantung kat dinding rumah kita.

Bila Februari timbul kembali.

Kembali jugalah umat Islam di negara kita terutamanya golongan muda  diperingatkan oleh pihak berwajib agar menghindari diri dari merayakan hari tersebut.

Minggu lepas isu sambutan hari kekasih ini disentuh oleh mimbar Jumaat. Jom kita ikuti serba sedikit teks dari khutbah tersebut…..

“Berdasarkan pandangan tokoh agama, menyambut atau meraikan Hari Valentine bertentangan dengan syarak. Menurut Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), amalan itu haram dan bertentangan ajaran Islam.

Begitu juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005, memutuskan amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan itu bercampur perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang Islam.

Justeru, ditegaskan pengharaman dan larangan bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan yang menjadi trend zaman moden tetapi berlandaskan kepada apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Oleh itu, umat Islam diminta tidak merayakan hari berkenaan yang bertentangan ajaran Islam sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam. Janganlah hanya dengan alasan inginkan keseronokan serta mengikut peredaran zaman, sanggup membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah.

Ingatlah, agama Islam tidak sesekali melarang umatnya bercinta kerana cinta adalah fitrah semula jadi manusia, namun mestilah berdasarkan hukum Islam bukannya berteraskan hawa nafsu semata-mata.”

Ada juga yang akan mempersoalkan larangan dengan berkata ‘apa salahnya menyambut hari itu?”. Cuma bagi bunga, meluahkan perasaan dan makan-makan je tanpa membuat perkara yang menyalahi ajaran agama.

Bila kita dilarang melakukan sesuatu oleh mereka-mereka yang berilmu semestinya ianya untuk kebaikkan kita. Kebaikkan untuk kehidupan kita di dunia terutamanya untuk kebaikkan kita di akhirat.

Well….. mengapa hari yang diasaskan dan disambut oleh penganut agama lain diterimapakai dalam kehidupan kita? Pernahkah kita selidiki kenapa kita ditegah untuk mengikuti mereka?

So….. ya Allah ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan beriman dan mati kami dengan beriman dan himpunkanlah kami dengan iman dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama iman. Ya Tuhan kami, janganlah kamu palingkan hati kami setelah Engkau beri pertunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat-Mu. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Melimpah kurnianya. Amin.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India