DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Februari 05, 2013

BSK 343. Pecat bekas nombor 2 ….. surat tak sampai tu soal nombor 2

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Pemecatan bekas orang nombor 2 PAS Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama. Jom kita perhatikan kata-kata mereka yang terbabit…..

Kata TG Nik Aziz Nik Mat:

"Lafaz cerai sudah dibuat, kalau surat cerai tak sampai pun ia tetap dah cerai... surat tak sampai tu soal nombor dua".

Kata bekas orang nombor 2:

"Saya merasakan seperti dizalimi dalam konteks itu di mana kiasan yang dibuat terhadap perkara tersebut dilihat saya agak keterlaluan dengan mengiaskan saya seolah telah murtad, dan mengkiaskan saya dengan isu penceraian dan sebagainya.

"Sedangkan sekali lagi saya masih belum menerima hitam putih kedudukan sebagai ahli PAS".

Kata-kata bonus bekas orang nombor 2 tu:

"Saya bukan buat kerja untuk Umno, saya buat untuk negara, untuk agama, serta bangsa, malah ada perkara yang apabila saya cadangkan dan tawarkan, kedua-dua mereka ini sama ada perdana menteri dan timbalan perdana menteri menerimanya dengan terbuka.

"Kalau mereka juga boleh menerima dengan terbuka, kita sebagai rakyat biasa ini perlu mengambil kesempatan itu untuk mencari peluang bagaimana mahu memajukan negara.

"Perdana menteri tidak ada langsung menyebut berkenaan meminta saya menyertai Umno. Sememangnya tidak ada sebarang tawaran dan saya juga sendiri tidak mempunyai niat pada ketika ini untuk meninggalkan PAS mahupun menyertai Umno, lainlah kalau saya memang betul-betul dipecat".

Nasharudin Mat Isa bukanlah ahli yang bertaraf budak tadika dalam PAS. Beliau pernah memegang jawatan timbalan presiden PAS dan sekian lama menganggotai Majlis Syura Ulama. Tak salah jika dikatakan beliau ahli yang senior dan berpengalaman dalam parti Islam itu. 

Sebagai ahli yang berpengalaman semestinya beliau faham segala tindakan yang akan diambil olehnya akan mendapat liputan meluas media cetak juga eloktronik. Berkemungkinan juga akan di salah tafsir oleh pihak sendiri mahupun pihak lawan.

Budak sekolah pun mengerti, jika nak menyertai rombongan sekolah perlu mendapat restu dari ibubapa atau penjaga yang sah. Nak pergi kemana dan dengan siapa. Bila nak pergi dan bila nak balik. Apa tujuan atau matlamat perjalanan tu.

Guru besar atau pengetua perlu memberi surat kat ibubapa atau penjaga yang sah memberitahu semua tu.

Taklah nanti ibubapa tertanya-tanya kat mana anak kesayangan mereka berada. Nasha gambarBerbalik kepada isu pecat. Yang kena pecat pernah dipilih menjadi orang nombor 2 parti dan ahli Majlis Syura Ulama dan semesti peka dan faham untuk sekurang-kurangnya inform ketua Majlis Syura Ulama bahawa beliau diundang untuk mengiringi PM keluar negara. Bincang isu itu dahulu dengan ahli majlis. Dapatkan pandangan. Tapi tidak tup tup dah bergambar dengan rombongan PM kat Gaza. Tak ke tindakan x number 2 2 menzalimi parti sendiri. Camno tu?

Mungkin dah terlalu penat berjuang dalam parti Islam dan teringin sangat untuk mencuba nasib dalam parti Melayu pula gamaknya. Rasa-rasanya tak berapa nampak hasil berganding dengan parti Islam. Yang kelihatan hanya gelap gelita sahaja.

“….. saya juga sendiri tidak mempunyai niat pada ketika ini untuk meninggalkan PAS mahupun menyertai Umno, lainlah kalau saya memang betul-betul dipecat ," katanya.

Kata-kata seolah-olah teringin sangat mengikuti jejak kasih Dr Hassan Ali mencari kecerahan berdampingan parti Melayu. Tapi malu-malu hendak menzahirkan perasaan diri. Kenapa perlu malu?

Memangnya telah ada dikalangan pemimpin parti Islam itu memilih untuk apa nama tu melompat ke parti Melayu. Mereka-mereka yang rezekinya cerah diberikan jawatan penting menerajui organisasi-organisasi agama. Memperolehi steady income. Orait tu!

Well….. pilihan sendiri kerana sememangnya Allah SWT memberi kita pilihan.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. Ya Allah, lapangkanlah bagi kami dada kami dan mudahkanlah bagi kami tugas kami. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India