السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kami teruja dengan pandangan dan kenyataan insan yang dikatakan saintis politik. Pandangan dan kenyataannya mengenai kenalan beliau satu masa dulu. Kedua mereka dulunya berada di one way street tetapi saintis politik ini melakukan U-Turn. Kenapa? Tak payahlah nak dipening-peningkan kepala kita ni.
Apa yang diperkatakan…..
Rakyat perlu berwaspada terhadap cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Umum PKR itu sanggup berbuat apa saja untuk berkuasa.
Ini termasuk membawa masuk demonstrasi ala ‘Arab Spring’ (kebangkitan negara Arab) yang bukan saja menjejaskan ekonomi, malah memusnahkan masa hadapan negara yang kini stabil, aman dan makmur.
Bekas sekutu Anwar yang juga saintis politik, Prof Dr Chandra Muzaffar berkata walaupun Malaysia berbeza berbanding negara Arab dari segi latar belakang sosio politik dan sosio ekonomi, demonstrasi ala ‘Arab Spring’ boleh berlaku di negara ini.
Ini bukan soal individu, bukan soal parti politik mana kita sokong, BN (Barisan Nasional) atau pakatan pembangkang, tetapi mengenai masa hadapan negara ini," Prof Dr Chandra Muzaffar
Katanya, ini disebabkan ketua pembangkang itu menerima sokongan dari dalam dan luar negara termasuk pihak barat yang mahu melakukan ‘pertukaran rejim’ secara halus di negara ini.
“Jadi, kita harus hati-hati dan waspada serta jangan mudah terperangkap dengan retorik pihak yang mahu mengambil alih negara,” katanya kepada BH, semalam.
Beliau mengulas gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mahu semua pihak mengambil serius janji Anwar untuk mengatur ‘Arab Spring’ di Malaysia seperti dilaporkan di Australia.
Mengulas lanjut, Chandra berkata Anwar juga menerima sokongan daripada sekutu politik DAP dan PAS yang juga sanggup melakukan apa saja untuk memerintah.
“Apa yang penting bagi mereka adalah merebut kuasa sebab mereka nampak ada peluang,” katanya menambah pihak terbabit mungkin mengada-adakan cerita untuk menaikkan kemarahan rakyat, sekiranya kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
Kita ketika ini berada di zaman yang serba canggih. Kita patut berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dengan usaha beliau, sekarang ini maklumat berada di hujung jari sahaja.
Boleh dikatakan setiap rumah sudah mempunyai komputer. Setiap isi rumah berupaya untuk mendapatkan info dalam waktu yang cukup singkat. Info atau maklumat yang didapati boleh dibanding-bandingkan. Kita baca dan saksikan apa yang berlaku disekitar kita. Perhatikan persekitaran dan kenalpasti siapa atau pihak mana yang benar.
Rakyat tahu siapa yang teringin dan teruja nak bersemuka dan bergambar dengan Presiden Amerika. Rakyat tahu pemimpin atau bekas pemimpin mana yang terkaya di dunia. Rakyat mengetahui pemborosan wang rakyat. Rakyat faham camno lembu dikatakan tinggal kat condo. Naik lif camno? Cucuk butang lif dengan hidung? Semua maklumat di hujung jari. Tapi semua tu contoh sahaja.
Yang nyata pemimpin yang menggunakan wang negara untuk kepentingan diri, keluarga, sedara mara, handai taulan dan seangkatan dengannya pada hakikatnya dan sebenar-benarnya berhutang dengan rakyat.
Tapi rakyat Malaysia ini semuanya baik-baik belaka. Perhimpunan aman mungkin mereka akan ikuti tetapi bukan sampai seperti apa yang dimulakan di Tunisia. Rakyat tahu perkembangan di negara-negara Arab. Kan maklumat di hujung jari.
Rakyat Malaysia bukan sahaja baik tetapi juga cerdik. Tidak perlu Arab Spring secara fizikal. Kan boleh sahaja Arab Spring dengan minda.
PRU13 kan just round the corner. Fikir-fikirkan.
So….. ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon kepadaMu keselamatan agama, kesihatan jasmani, pertambahan dalam ilmu, keberkatan pada rezeki, taubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati dan memperolehi keampunan setelah mati. Amin.
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
0 comments:
Catat Ulasan