السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Empat point telah diutarakan. Kami sambung ke point seterusnya…..
5. Oleh kerana hawa nafsu ini ada sunnatullahnya (undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT) maka untuk mengawalnya, kita memerlukan ilmu dan bimbingan dari Allah SWT. Tiada cara untuk mengawalnya melainkan dengan merujuk kepada Allah SWT yang menjadi tuanpunya hawa nafsu itu.
6. Dengan kekufuran inilah, ia menjadi sebab bermulanya gangguan iblis dan aulianya. Aulianya adalah golongan jin dan manusia. Golongan manusia pula diketuai oleh pemimpin dan ulamak*. Gangguan ini tidak mungkin akan berlaku melainkan setelah kita membuka pintu kepadanya untuk menggangu kita. Hakikatnya, tiada siapa yang boleh terlepas dan mampu mengatasi daripada gangguannya melainkan ia mesti kembali berlindung dengan Allah SWT daripada kejahatannya. Oleh kerana itu, amalan isti’azah adalah amalan yang sangat dituntut keatas kita untuk melakukannya setiap hari.
7. Musuh manusia 3 + 1 adalah termasuk didalam perkara aqidah yang menghalang manusia memasuki syurga Allah SWT. Oleh kerana itulah para ulama, mengatakan bahawa menuntut ilmu itu adalah ibadah paling utama selepas amalan fardhu. Ini adalah kerana, tanpa ilmu manusia tidak mungkin mengetahui tipudaya musuh. Musuh yang dimaksudkan disini adalah:
- Hawa Nafsu
- Syaitan Jin
- Syaitan Manusia
- Dunia
Asalnya dunia bukanlah musuh manusia. Ia hanya akan menjadi musuh yang akan memasukkannya kedalam neraka apabila manusia mensyirikkan Allah SWT dengannya.
Keempat-empat musuh telah diperkenalkan. Sampai kat sini buat kali ini. Tiga lagi point terakhir akan kami kongsi-kongsikan dan share-sharekan dilain kesempatan. Sharing-sharing caring-caring. إن شاء الله
جزاك الله خيرا
* Dalam kisah nabi-nabi golongan pemimpin dan ulamak yang memberi tentangan kepada dakwah nabi dan rasul.
0 comments:
Catat Ulasan