Bismillah.
Assalamualaikum.
Dalam bab 36 buku Insan, Ingatlah! hasil tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ada membahaskan satu pertanyaan iaitu berapa lama ahli mahsyar akan berada di dataran mahsyar.
Kami petik tulisan beliau:
Berdiri terpacak dengan kedua belah kaki tanpa berganjak, setengahnya pula berdiri dengan kepala ke bumi, mereka berkeadaan demikian selama 300 tahun akhirat. Satu jangkamasa yang tidak lagi diukur dengan peredaran bulan atau matahari, kerana matahari sudah tidak beredar seperti di dunia dahulu. Sesaatpun manusia tidak akan tahan dalam pancaran matahari di atas kepala, betapalah hingga 300 tahun akhirat.
Saiyidina Hasan r.a. menjelaskan bahawa satu hari di bumi mahsyar itu bersamaan 50,000 tahun, setahun mengandungi 365 hari dikali dengan 50,000 tahun dan dikalikan pula dengan 300 tahun akhirat, dengan demikian penghuni mahsyar berdiri selama kira-kira lebih lima ribu juta tahun.
365 hari | x | 50,000 tahun | x | 300 tahun akhirat | = | 5,475,000,000 tahun |
Allahuakbar! Lama masa tu kawan-kawan.
Jika manusia beriman dan mengutamankan dan menunaikan hak-hak Allah SWT di mukabumi ini terutamanya menjalankan undang-undang Allah Taala, berbaloi manusia berdiri menunggu di sana.
Tetapi jika manusia kufur dan memandang remeh hak-hak Allah SWT dan tidak mahu melaksanakan undang-undang Allah SWT lagi meyenangi undang-undang buatan manusia, waktu itu pintu taubat sudah tertutup rapat. Menyesal sudah tidak berguna lagi.
Cuba kita fikir-fikirkan.
So….. semoga Allah SWT memperkukuhkan iman kita dan memasukkan kita dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi tentang keesaan-Nya. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan