Bismillah.
Assalamualaikum.
PRU 13 awal tahun depan? Adakah BN terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu confident yang mereka akan mendapat mandat yang besar dari rakyat? Apakah yang telah dilakukan oleh BN dan terutamanya apakah yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membuat mereka begitu confident?
Zaid Ibrahim keluar PKR? Dah keluar dah! Samy Vellu nak lepaskan jawatan? Taib Mahmud nak follow?
Umno mahu merubah barisan kepimpinan negeri? Gerakan pun nak merubah juga?
Nak baca berita penuh?
BN bertemu Sabtu ini, dijangka sentuh persediaan awal PRU-13
Ekonomi Malaysia pulih sepenuhnya? Pelabur luar yakin dengan prestasi Malaysia? Malaysia di iktiraf negara Islam moden?
Pakatan Rakyat tidak bersedia pilihan raya awal? Galas dan Batu Sapi? Zaid Ibrahim lompat balik ke Umno? Ibrahim Ali melompat sama? Rasanya dah tak ada jambatan penyambung untuk mereka berdua ini.
Zaid Ibrahim nak tubuh parti politik baru? Ibrahim Ali nak Perkasa jadi parti politik? Tun Mahathir Presiden Perkasa?
Perdana Menteri belum dapat ilham bila nak adakan PRU 13. Bukan dia nak teropong anak bulan macam nak tentukan permulaan puasa dan hari raya. Dia kena dapatkan tanda. Kami pun tak tau apa tandanya. Mungkin 11.1.11 atau 11.11.11. Apa pun kita kena sabar menunggu pengumumannya.
So….. semoga Allah SWT melindungi kita daripada segala bala bencana, daripada mendapat kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang buruk. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan