DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, November 04, 2010

BSK 128. Nasi Sayur Dan Sup

Bismillah.

Assalamualaikum.

Teruja kami bila membaca yang PM kita yang tua-tua baru kena cacar air cuma diberi makan nasi, sayur dan sup sahaja. Isteri PM dinasihati supaya tidak memberi benda bergoreng dan kicap kepada PM kerana takut nanti kulit PM gatal-gatal. Ish ish ish.

Rosmah: Najib diberi makan nasi, sayur, sup

Nov 3, 10 3:50pm

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak kini beransur pulih setelah dijangkiti cacar air.

"Alhamdulillah, beliau pulih agak cepat dan hari ini baru masuk hari ketiga, bekas-bekas cacar semua sudah kering,” katanya.

Memandangkan Najib masih berpantang, Perdana Menteri tidak dapat menikmati makanan kegemarannya selain hanya makan nasi, sayur dan sup, katanya.

"Ada orang menasihatkan supaya tidak memberi benda bergoreng dan kicap nanti habis kulit dia (Najib) gatal-gatal,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai kesihatan Perdana Menteri selepas merasmikan ”Leadership Series Women and Leadership”, di Kuala Lumpur, hari ini.

- Bernama

No0856

Rezeki yang Allah Taala berikan. Itu dah kira bagus masih boleh makan nasi, sayur dan sup. Alhamdulillah.

Bukan semua rakyat dapat makan seumpama makanan yang PM makan bila  beliau sakit. Cuba kita fikir-fikirkan.

Kat atas tu ikan bilis goreng bersama hirisan bawang dan kicap. Sedap tu! Alhamdulillah.

So….. semoga Allah SWT berkati rezeki yang diberikan kepada kita dan mengampuni dan merahmati kita. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India