Bismillah.
Assalamualaikum.
Betul atau tak betul cadangan yang diberikan. Jom kita sama-sama baca dulu:
Adun BN cadang wang warga emas tiap bulan
Mohd Ali Hashim
GEORGETOWN, 9 Nov: Adun Teluk Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mencadangkan supaya kerajaan negeri memberi wang penghargaan warga emas sebanyak RM100 setiap bulan dan bukannya setahun sekali sepertimana yang dilaksanakan kini.
Adun Barisan Nasional (BN) itu juga menyatakan langkah tersebut adalah suatu perkara yang wajar dilaksanakan kerana warga emas sememangnya memerlukan bantuan dan perhatian.
"Apa salahnya sekiranya bantuan RM100 ini diberikan setiap bulan kepada warga emas yang memang benar-benar memerlukannya. Kerajaan negeri wajar memberi bantuan tersebut kepada warga emas yang memerlukan pembelaan sejajar dengan apa yang diwar-warkan selama ini," ujarnya mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, semalam.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain ketika dihubungi pula berkata, ini membuktikan Umno Pulau Pinang sememangnya tidak mempunyai pegangan dalam perjuangan mereka.
"Sepatutnya percakapan mereka sebagai pemimpin tidak harus berbelit-belit, sekejap kata wang penghargaan warga emas dari sumber yang haram ,kini kata wang itu patut diberikan setiap bulan pula.
"Mana satu yang mereka perjuangkan. Oleh kerana itu suka saya sarankan kepada kepimpinan Umno di Pulau Pinang supaya bermuhasabah diri sebelum membuat apa-apa tindakan yang akhirnya mencalitkan lumpur ke wajah mereka sendiri," ujarnya lagi.
Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendakwa wang sumbangan warga emas itu dari sumber yang tidak halal.
Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim turut mendakwa menerima wang yang dipulangkan bagi kawasan Dun Penaga, kemudian diikuti pula oleh Umno Bayan Baru.
Rentetan itu, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, turut membuat dakwaan yang sama dengan menjalankan usaha mengutip wang yang didakwa dari warga emas untuk dipulangkan kembali kepada kerajaan negeri.
[Harakah Daily]
Apa cerita sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Dato Seri Dr tu? Dulu gila-gila suruh warga-warga emas itu pulangkan wang yang diterima. Sampai masuk akbar-akbar arus perdana isu berkenaan. Sekarang dah berubah 360 darjah. Dah tersedar ke?
Tak ke ada perasaan malu pada warga-warga emas yang disuruh pulangkan wang tu dahulu? Tak ada ke perasaan malu pada KM dan rakyat negeri Pulau Pinang?
Satu lagi isu, tak ke malu warga-warga emas tersebut, kepada KM, kepada saudara-mara, kepada rakan-rakan dan kepada rakyat Pulau Pinang? Dah lah dipermainkan, menanggung malu pulak.
Sepatutnya dulu kita berlapang dada ada KM beri peruntukkan nak beri wang bantuan kepada pak cik-pak cik, mak cik-mak cik, atuk-atuk, nenek-nenek dan warga emas yang lain. Masa kita berkuasa kita tak dapat nak menghulur. Kita buat kajian dahulu, kebaikan dan keburukan yang boleh timbul. Jika banyak kebaikkan dan kerajaan negeri betul-betul ada kemampuan, kita beri saranan agar diberi secara bulanan, 3 bulan atau 6 bulan sekali kepada warga-warga emas itu. Baru mengikut slogan “rakyat didahulukan”. Tapi…..
Entah! Tak tahu nak cakap apa sebenarnya terhadap pemimpin-pemimpin yang tidak ada pertimbangan yang betul. Tanpa meneliti kebaikan dan keburukan kepada rakyat, melulu mengambil tindakan. Pengikut-pengikut tanpa soal-jawab terus menurut.
Tak pernah ke terlintas di minda mereka-mereka ini bahawa kepimpinan itu adalah satu urusan yang teramat penting. Amanah dari Allah Taala! Amanah yang akan ditanya di kemudian hari! Allahuakbar.
Cuba kita renungkan ayat yang bermaksud:
”Kecuali orang-orang yang mereka bertaubat dan mereka memperbaiki (perbuatan mereka) dan mereka menjelaskan (kebenaran yang mereka sembunyikan) maka mereka itulah (yang) akan Aku terima taubat atas mereka dan Aku Maha Penerima taubat Mahakekal kasih sayang-Nya”
[Surah al-Baqarah: ayat 160]
Pemimpin-pemimpin Melayu yang semestinya beragama Islam sepatutnya menjadi contoh tauladan terbaik kepada semua, kawan dan lawan. Masa untuk berubah kepada kebaikkan. Cuba fikir-fikirkan.
So….. semoga Allah SWT menyelamatkan kita dari orang-orang yang zalim, melindungi kita dari hilangnya nikmat-Nya dan berubahnya kesejahteraan-Nya. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan