DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, November 22, 2010

BSK 141. Jenayah Baru Ancam PDRM

Bismillah.

Assalamualaikum.

Jenayah apa yang mengancam PDRM? Jenayah dalaman atau luaran? Jom kita renungi apa yang diperkatakan oleh Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye:

“Jenayah persepsi” ancaman baru PDRM

21/11/2010 11:40am

KUALA LUMPUR 21 Nov — Persepsi negatif di kalangan masyarakat terhadap usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal keselamatan negara kini dilihat sebagai ancaman “jenayah” baru yang perlu dibendung segera.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihaknya telah mengenal pasti masalah itu sejak sekian lama, namun usaha membendungnya akan memerlukan masa dan kerjasama banyak pihak.

"Apabila berlaku sesuatu jenayah, ada di kalangan mangsa lebih suka duduk di rumah dan biar perkara itu berlaku, di mana dalam fikiran mereka, lecehlah hendak buat laporan polis. Proses sukar dan lambat.

"Ini tidak membantu polis mencegah jenayah, sebaliknya wujud masalah baru, iaitu persepsi negatif terhadap pencegahan jenayah, khususnya kepada PDRM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas forum meja bulat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan jenayah di Wisma Bernama baru-baru ini.

Justeru itu, Lam Thye menyarankan agar lebih banyak aktiviti PDRM dengan masyarakat dilakukan seperti program “Kepolisan Komuniti” di mana masyarakat boleh bertukar idea dengan anggota polis tentang sesuatu isu.

Menurutnya, kebolehan berkomunikasi dengan baik dengan masyarakat dilihat antara senjata utama memerangi ”jenayah persepsi” dengan penglibatan lebih ramai anggota masyarakat membantu polis mencegah jenayah.

Katanya, pertemuan dari hati ke hati antara polis dan masyarakat dapat mengukuhkan kepercayaan serta keyakinan terhadap sistem keselamatan negara yang lebih teratur dan efisien. Lam Thye berkata masyarakat Asia diakui mempunyai sikap suka mempersoalkan dan berfikiran negatif tentang sesuatu perkara yang dilakukan oleh pihak berkuasa. — Bernama
[Utusan Malaysia Online]

Adakah ‘persepsi’ satu jenayah? Pada kami tanggapan seseorang terhadap sesuatu perkara atau isu atau benda atau seseorang tidak sama. Terkecuali jika ianya berkaitan dengan agama.

Sememangnya dari dulu lagi orang awam berpandangan ‘semacam’ sahaja terhadap pihak polis. Adakah ianya akan dianggap sebagai satu jenayah terhadap pihak polis?

Bila sebut sahaja polis, di minda orang awam bandaraya hingga orang awam kampung akan cuma ingat satu perkara sahaja ‘masalah’.

Dari dulu hingga sekarang rasuah dianggap sinonim dengan polis. Bila orang awam terlihat kereta polis berhenti dilorong kecemasan lebuhraya dan ada anggota polis sedang berbicara dengan pemandu lori, pemandu bas atau mana-mana pemandu kenderaan lain, apa yang sedang bermain difikiran orang awam berkenaan? Cari duit kopi le tu!

Kenapa persepsi orang awam begitu? Jika tidak ada angin masa kan pokok bergoyang! Cuba kita fikir-fikirkan.

Pada kami bukan orang awam tidak mahu membantu pihak polis  mencegah jenayah. Tetapi….. 

Dengan kes-kes terbaru dimana pihak polis dikatakan melepaskan tembakan maut kepada mereka-mereka yang dikatakan penjenayah, reputasi polis dilihat semakin merundum. Polis seolah-olah ‘trigger happy’.

Diburukkan lagi dengan kes kematian banduan semasa di dalam tahanan.

Dalam kes-kes dimana orang awam ingin menyuarakan ketidakpuasan terhadap mana-mana isu dengan mengadakan perhimpunan, apa yang pihak polis perbuat terhadap orang awam didapati tidak professional.

Ramai orang awqm yang ditangkap. Di dakwa. Tetapi bila dibicarakan orang awam yang didakwa dibebaskan. Cuba bayangkan perbicaraan mengambil masa tiga tahun. Menghabiskan masa dan membazirkan wang rakyat sahaja. Jom-jom baca:
Dua MP Pakatan antara 17 bebas tuduhan sertai perhimpunan Bersih

IMG_0676a

Memang polis diperlukan untuk keselamatan negara tetapi mereka mesti professional, mesti tahu membezakan keadaan.

Jangan menampakkan mereka di remote kontrol.

Orang awam sudah pandai membuat penilaian.

Dengan informasi yang didapati tanpa sempadan orang awam dapat menilai berita dari sumber mana yang telus dan boleh dipercayai.

Sudah sampai masanya pihak PDRM semestinya dahulu meyakinkan orang awam bahawa PDRM adalah satu badan bebas. Tidak dibawah telunjuk mana-mana pihak atau individu. Mampu membuat keputusan dan mengambil tindakkan secara telus. Professional!

Bila PDRM telah telus dihati orang awam baru apa yang disarankan oleh Tan Sri Lee Lam Thye boleh menjadi kenyataan.

Adakah PDRM boleh dan terdaya melakukannya?

So….. semoga Allah SWT selamatkan kita dari orang-orang yang zalim dan hindari kita dari bencana dunia dan bencana akhirat. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India