Bismillah.
Assalamualaikum.
Jika dicongak-congak betul-betul, dah jadi jutawan, hartawan dan millionaire kami ni. Tak percaya? Jom kita sama-sama kira. Hmm…..
1 | You have just been awarded, £950.000.00 in BNL Bonnaza |
2 | Your Mail ID Has been awarded £1,000,000.00. in The BT PROMO |
3 | Your mail-Id has been Awarded £750,000. in the British GNLD End Of Year Promo |
4 | Your email ID has won £1,000,000.00 GBP In The British Tobacco Award End Of Year Promo |
5 | I need your assist as next of kin to transfer US$25,000.000.00 to your account |
Jom kita convert jumlah-jumlah yang kami (bukan kawan-kawan ye) terpaksa terima tu menjadi RM.
1 | GBP3,700,000.00 | 4.9832 | RM18,437,840.00 |
2 | US$25,000,000.00 | 3.0900 | RM77,250,000.00 |
Jumlah | RM95,687,840.00 |
Tu dia….. kesemuanya RM95.7 juta! Tak tau le orang melayu terkaya nombor berapa kat Malaysia ni. Bukan dalam bentuk harta tetap tapi tunai tu! Cash!
Semua tu dari email sahaja. Banyak jumlah yang hendak diberikan. Tak sangka-sangka menang hadiah, walaupun kami tak pernah masuk peraduan. Lebih kami tak sangka yang kami ada atuk atau nenek atau pak cik atau mak cik atau sedara mara kat luar negara yang meninggal dunia dan meninggalkan wang yang banyak kepada kami. Apa yang kami perlu buat hanyalah memberi sedikit maklumat peribadi. Itu sahaja untuk jadi, kaya, kaya, kaya!
Kalau kawan-kawan dapat email tu camno? Cuba-cuba nasib untuk dapat rezeki terpijak?
Itu le penipuan kat internet. Kami lihat sahaja jumlah yang hendak diberikan. Kekadang tu nak jugak respond kat email tu, tapi lain pulak jadinya nanti. Tak berani jadinya.
Cuba-cuba? Tak payah le dicuba-cuba. Nanti melingkup kita. Jangan jadi mata duitan. Ish ish ish. Kat surat khabar dah banyak dimuatkan berita-berita penipuan semacam ini. Tak mau le kami jadi popular semacam tu.
Well, rezeki yang halal dan berkat selalunya kita terima sedikit-sedikit. Supaya kita bersyukur dan menghargai pemberian Allah SWT tu. Cuma perlu bersabar sahaja.
So….. semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita rezeki yang halal, baik lagi berkat. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan