DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, November 27, 2010

BSK 143. DSAI Tidak Mendapat Perbicaraan Adil

Bismillah.

Assalamualaikum.

Adakah benar Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat perbicaraan yang adil?

"Adalah tanggungjawab semua pihak termasuk hakim untuk memastikan pihak pendakwaan mematuhi seksyen ini dan memberi maklumat kepada pihak terbabit dan menunjukkannya di mahkamah," katanya.

Ragunath berkata keengganan mendedahkan dokumen atau maklumat akan menjejaskan persepsi awam terhadap sistem perundangan negara ini.

"Majlis Peguam mendesak mahkamah melaksanakan seksyen ini... bagi mengekalkan hak seseorang tertuduh dan bagi menegakkan keadilan. Perkara ini bukan saja relevan dalam kes Anwar tapi juga demi kepentingan seluruh sistem kehakiman," katanya lagi.

Diatas adalah sebahagian dari  kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan. Mari kita baca kenyatan penuh Majlis Peguam melalui Presidennya:
Liwat II: Majlis Peguam bidas mahkamah

Sebagai orang awam, bila sesekali kami terbaca lapuran perbicaraan DSAI di akhbar-akhbar memang terasa  seperti perbicaraan yang berat sebelah. Memang seperti pihak pembela  dinafikan dokumen-dokumen penting untuk membela diri.

Mereka-mereka yang berkuasa dan yang diberi amanah untuk menghukum  semestinya mempastikan keadilan ditegakkan kepada kedua-dua pihak. Tidak kira samada kawan atau lawan. Bersikap gentleman dan professional! Terutamanya ikhlas menjalankan amanah yang diberikan oleh Allah SWT.

IMG_0056a

Cuba kita renungi surah Saad ayat 26:
”Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.”

Cuba kita renungi juga surah al-Maaidah ayat 48:
”Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.”

Kami ambil ayat-ayat diatas  dari : http://iiu.edu.my/deed/quran/malay/

Ayat itu diwajibkan keatas kesemua pemerintah Islam. Cuba kita fikir-fikirkan.

So….. semoga Allah SWT melimdungi kita dari kekufuran yang menghancurkan dan meyelamatkan kita dari orang-orang yang zalim. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India