DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, November 02, 2010

BSK 124. Hub Pusat Hiburan Malam Kemana Kita

Bismillah.

Assalamualaikum.

Pelbagai pihak sedang memberi pendapat mengenai cadangan penubuhan hub pusat hiburan malam. Jom kita baca pendapat dari Yang Dipertua, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya:

MPMUM sokong ETP, hab pusat hiburan malam

Khairul Anuar Abu Kasim Nov 1, 10 10:34am

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan penubuhan hub pusat hiburan malam bagi memacu Program Tranformasi Ekonomi (ETP).

Perancangan itu adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan bagi memperkasakan sektor pelancongan di negara kita. Bayangkan betapa besar angka yang keuntungan yang akan diraih. Saya difahamkan sehingga mencecah RM 1.8 bilion seandainya projek ini mendapat sokongan semua.

Bagi saya saranan penubuhan hub pusat hiburan malam ini adalah bertepatan dengan slogan 1 Malaysia, rakyat sememangnya didahulukan seterusnya memenuhi citarasa warga Malaysia yang bagi saya tidak salah untuk berhibur.

Inilah sebenarnya kerajaan yang betul-betul memahami hasrat hati rakyat dan juga kami sebagai mahasiswa.

Saya juga berpendapat ini juga satu langkah yang cukup bijak bagi mengatasi gejala-gejala negatif yang timbul apabila hiburan disekat sekeras-kerasnya oleh pihak tertentu. Mereka tiada tempat untuk berhibur, dan keadaan inilah yang akan menyebabkan berlakunya masalah seperti pusat-pusat hiburan haram dan gejala lepak di jalanan.

Selaku mahasiswa juga saya melihat langkah ini sudah pasti sedikit sebanyak membantu kadar penurunan jenayah yang banyak kes melibatkan warga asing yang berpeleseran di ibu kota. Gangguan di jalanan juga dapat dibanteras apabila mereka tidak lagi berkumpul di jalanan semata-mata.

Saya juga berasa sedih apabila usaha murni kerajaan ini dianggap sia-sia oleh sesetengah pihak. Mereka tanpa ada pandangan dan maklumat yang jelas tentang situasi sebenar dengan mudah dan bongkak menolak bahkan membantah usaha kerajaan ini. Apakah mereka ini lebih rela melihat kadar jenayah di negara semakin meningkat hari demi hari?

Justeru , saya mewakili seluruh mahasiswa yang berdiri teguh bersama kerajaan menyokong penuh usaha murni ini. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
[Malaysiakini]

IMG_0318a

Sudah tiba masanya kita memikirkan dengan penuh teliti halatuju negara kita. Kemana sebenarnya rakyat mahu dibawa? Kemajuan dunia?

Tapi….. pada perkiraan kami dengan adanya hub sedemikian hanya akan lebih menggalakkan kegiatan-kegiatan maksiat. Yang hanya akan merosakkan aqidah dan meruntuhkan akhlak kita, anak-anak kita, sahabat-sahabat kita, masyarakat kita dan rakyat negara kita.

Apa gunanya pendapatan berbilion-bilion jika maksiat dipupuk dan dihalalkan. Tidak ada keberkatan pada negara dan juga kepada rakyat. Malah boleh mengundang kecelakaan dan musibah kepada kita dikemudian hari.

Cuba kita renungi firman Allah Taala:

”Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat)” 
[Surah al-Maidah:  ayat 2]

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.”
[Surah Hud: ayat 113]

Well, tepuk dada, tanya iman.

So….. semoga Allah SWT kurniakan kita rahmat dari sisi-Nya dan diberikan kemudahan kepada kita untuk keselamatan agama kita. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India