Bismillah.
Assalamualaikum.
Tak dapat kami bayangkan ada juga manusia yang tidak dapat berfikir secara rasional bila mereka ini terjerumus dalam isu kepartian. Tersangat benci kepada seseorang kerana parti seseorang tu dikatakan berkawan dengan parti Cina.
Tidak pulak dia terfikir parti yang dia sendiri menjadi ahli, bergabung dengan parti-parti Cina, India, Kadazan, Murut dan lain-lain. Itu bukankah berkawan namanya? Kalau itu bukan berkawan, apa pula nak kita panggil? Ahli keluarga? Kaum kerabat? Member?
Betul seperti yang disebutkan oleh mantan PM kita “melayu mudah lupa”. Tapi dalam kes ini, lupa, nyanyuk, mamai atau berada dilain-lain kategori?
Jom kita baca dulu apa yang dikatakan oleh orang yang ada kasyaf ini. Jom!
Mohd Nor Idris: 'Tangan Nik Aziz tangan syaitan'
Cuba kita membuat penelitian tulisan bekas mufti Perlis berkenaan perkara tangan syaitan ini. Jom kita baca bersama-sama.
Penilaian 'tangan syaitan', ramai akan terzalim
Pada pemerhatian kami, mereka-mereka yang terlalu over ini adalah mereka yang suka dalam acara lompat-melompat. Terus-terang kami katakan, susah acara ini. Silap-silap boleh tergeliat segala anggota badan. Tak kiralah, tangan, kaki, telinga termasuk mulut dan lidah sekali. Itu lah penangan lompat-melompat ini. Tak kisahlah melompat-lompat menjadi ahli atau bebas melompat-lompat.
Tidak istiqomah dalam perjuangan, senang bertukar angin. Memegang kepada kata-kata “the grass is always green on the other side”. Oleh itu, berkemungkinan besar mereka-mereka ini ingin menarik perhatian orang-orang yang berkuasa. Memang dah dijangka tindakan mereka-mereka itu, seperti kata-kata “ikan masih berenang di laut, kita dah tahu nak masak apa”.
Bukankah angin sepoi-sepoi sudah berbisik, PRU 13, PRU 13, PRU 13 dah dekat. Dah dekat sangat! Itu yang membuat mereka-mereka ini panas bontot. Nak cari kerusi!
PM pun dah berkata BN sudah bersiap sedia. Jom kita baca lagi. Jom!
PRU-13: BN sudah sedia hadapi sesiapa sahaja, kata Najib
Jika sesiapa yang dah berkelayakan cepat-cepatlah mendaftar menjadi pengundi. Lambat, nanti kempunan. Silap-silap boleh meroyan pulak.
So….. semoga Allah SWT tunjukkan kepada kita perkara yang benar itu adalah benar dan dipimpin kita supaya mengikutinya dan tunjukkan kepada kita perkara yang batil itu adalah batil supaya kita meninggalkannya. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan