Bismillah.
Assalamualaikum.
Jom kita baca apa yang di bahaskan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena:
Kerajaan utamakan syarikat individu dipersoal
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoal tindakan kerajaan memberikan peruntukan yang lebih kepada syarikat-syarikat milik individu berbanding kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan Felcra Plantations.
Mahfuz sewaktu berbahas di peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Rakyat hari ini berkata, pemberian sebanyak 5,000 tan benih padi kepada Mada berbanding 16,320 tan benih padi kepada syarikat individu merupakan satu perbezaan jumlah yang tinggi.
"Mada hanya dapat 5,000 tan sahaja sedangkan syarikat individu Haji Mohd Nor Abdul Rahman, dia dapat sampai 16,320 tan untuk perbekalan benih.
"Begitu juga syarikat Kejora Desa, syarikat seorang seorang tauke 16,320 sedangkan Mada ada kaitan langsung dengan petani. Begitu juga pertubuhan peladang Lahar Bubu, hanya dapat 7,000 tan sdangkan ini pertubuhan peladang.
"Sedangkan benih yang dikeluarkan syarikat Kejora ini mendapat rungutan daripada petani dari segi kualiti benih tersebut," kata beliau.
Menurut beliau, pemberian subsidi kepada Mada yang merupakan agensi kerajaan mampu memberi pulangan yang lebih baik kepada petani dalam meningkatkan hasil mereka.
Selain itu, Mahfuz turut meminta kementerian menyelaraskan projek menaik taraf pengairan Mada agar lebih memudahkan petani mengerjakan tanaman padi mereka.
Beliau berkata, soal kedudukan saliran untuk tanaman padi perlu diambil kira tanpa menyukarkan petani.
"Sebagai contoh di Sungai Manik, jarak ladang dan parit dalam 10-15 meter, tapi di Mada hingga 40-50 meter. Terlalu jauh hingga menyukarkan petani untuk memunggah hasil tanaman," kata beliau.
Justeru, beliau menggesa kementerian menyediakan satu peruntukan untuk menyediakan jalan ladang untuk kemudahan petani. [Harakah Daily]
Jika betul seperti apa yang dibahaskan oleh YB itu, pihak berwajib perlu mencari punca kenapa boleh terjadi pengagihan seperti yang diperkatakan. Jika ada unsur-unsur yang tidak betul, elok diperbetulkan dengan segera.
Takut nanti di minda rakyat terpahat slogan “kawan-kawan diutamakan, rakyat dipinggirkan” atau “syarikat individu diutamakan, petani dipinggirkan”.
Jangan buat minda rakyat terlupa slogan “rakyat didahulukan”. Jangan lupakan rakyat, nanti rakyat lupakan kerajaan!
So….. semoga Allah SWT menghindari kita dari sifat tamak dan tidak amanah dan dilindungi kita dari hilangnya nikmat pemberian-Nya. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan