Bismillah.
Assalamualaikum.
Kami berkesempatan menghadiri majlis korban sempena Aidil Adha 1431H kelolaan Masjid Negeri, Negeri Sembilan semalam, 18/11/2010. Majlis disempurnakan di perkarangan rumah kakitangan Masjid Negeri.
Sebanyak 6 ekor lembu dikorbankan pada tahun ini. Kami tidak ada bahagian dalam ibadah korban itu. Kami datang membantu sahabat yang mengendalikan majlis itu.
Kami sempat juga merakamkan beberapa gambar untuk mengingati majlis korban itu.
Lori menghantar lembu korban sudah tiba. Memang fresh giler!
Persiapan nak menurunkan lembu korban dari lori. Bukan sebarang orang yang boleh menguruskannya. Silap perkiraan…..
Lembu korban pertama diturunkan. Tidak ada masalah. Alhamdulillah. Yang berserban tu sahabat kami.
Diturunkan terus direbahkan dan diikat. Sebenarnya ada 4 orang dari ladang ternak tu yang menguruskan penurunan lembu-lembu korban. Dah ada pengalaman. Kalau hadirin yang datang menguruskannya mungkin memakan masa. Boleh ke?
Lembu korban ditempatkan diposisi untuk penyembelihan. Part ini empunya bahagian dan yang hadir membantu menguruskannya.
Lembu korban pertama disembelih. Minta maaf kerana tak nampak lembu nya. Posisi kurang baik.
Penyembelihan lembu korban kedua. Besar lembu ini. Kami membantu untuk melapah lembu korban kedua ini.
Dah nak siap dilapah. Lepas ni bahagian dalaman akan dikeluarkan. Selalunya orang yang berpengalaman yang menguruskannya atau menunjuk cara melakukannya.
Semua tahu apa yang perlu dilakukan. Tak payah diberi arahan. Ada yang bergilir-gilir memotong tulang. Untuk dibahagi-bahagikan kepada yang mahu. Buat sup pun sedap. Tulang fresh!
Proses akhir, daging ditimbang mengikut berat yang ditetapkan sebelum diagih-agihkan.
Itu sahaja yang dapat kami rakamkan untuk tatapan kawan-kawan semua. Cukup rasanya.
So…..semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan rezeki kepada kita, mengampuni kita dan memberi rahmat kepada kita semua. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan