DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Februari 17, 2011

BSK 184. Kucing Bernama Survivor

Bismillah.

Assalamualaikum.

Ada banyak kucing berkeliaran dibelakang rumah kami. Ada seekor tu kami namakan Survivor.

Ada cerita kenapa kami namakan kucing seekor ini Survivor. Mari kami ceritakan kisah kucing seekor ini.

Kisah bermula lebih kurang tiga bulan atau lebih (kami tak begitu pasti) sebelum pertandingan bolasepak Piala Dunia 2010 bermula.

Dua ekor kucing betina melahirkan anak ketika itu. Kucing betina pertama melahirkan tiga ekor anak. Kucing betina kedua pula melahirkan seekor anak sahaja.

Anak kucing dari kucing betina kedua itu kami namakan “Oranje” kerana bulunya berwarna oren. Kebetulan musim Piala Dunia dan kami dari dulu lagi meminati pasukan Belanda, jadi nama itu semestinya menjadi pilihan.

For the record, kucing-kucing ini bukan peliharaan kami atau sesiapa. Tetapi memang dari keturunan kucing belaan. Itu pasti.

Kami pernah menulis di blog kami mengenai anak kucing yang dinamakan Oranje ini. Ada dua atau tiga posting jika tidak silap kami

Malangnya Oranje mati tidak lama selepas Piala Dunia 2010. Rasanya sebelum Paul si sotong tu.

Kucing betina pertama pula, macam kami katakan ada tiga ekor anak. Macamana kami tahu semua ini? Hmmm…..

Dibelakang, antara rumah kami dan rumah sebelah ada lorong yang dipisahkan oleh pagar. Tujuan utama lorong ini mungkin untuk senang ngobrol2 atau lepak2  atau gosip2   atau nak networking dengan jiran sebelah. Ia ke?

Kedudukan rumah kami tinggi sedikit dari rumah sebelah ini. Kebetulan rumah sebelah ini tidak dihuni.

Kucing betina dua ekor ini pun buat lorong ini sebagai tempat tinggal. Disebabkan kedudukkan paras rumah kami lebih tinggi, jadi bila kami buat pemerhatian kucing-kucing ini tidak cuba lari, buat slumberland sahaja.

Coming back pada anak-anak kucing yang tiga ekor itu. Dua ekor anak kucing memang nampak sihat. Bila menyusu dua ekor ini yang dominate. Yang seekor lagi tu kecil dan lembap. Selalu ketinggalan.

Tak pernah lagi kami dengar anak kucing yang seekor ini mengiau kuat. Cuma mengeluarkan suara lagi perlahan dari orang berbisik dalam kelambu. Dari dulu sampai sekarang.

Entah kerana sebab2 yang ditentukan oleh Yang Maha Berkuasa, kedua-dua anak kucing yang nampak sihat itu mati selang seminggu. Kami yang ‘terpaksa’ tanam kedua-duanya di rumah sebelah. Kedua-duanya sudah boleh bermain sesama sendiri masa itu.

Bila dua ekor anak kucing ini mati, emak kucing itu seperti tidak menghiraukan anaknya yang seekor lagi tu. Meroyan kot!

Ingatkan akan diberikan susu pada anak yang masih tinggal ini, tetapi tidak. Ditinggalkannya. Kesian!

Kucing-kucing ini mendapat makanan dari suri-suri rumah disini. Ada sahaja sisa-sisa makanan yang akan diberikan pada kucing-kucing di backalley ini. Kami pun begitu juga. Ada ikan bagi  ikan. Ada roti bagi roti. Kucing2 zaman moden semua dibalun. Kek, jemput2, biskut, semua di ngap!

Bila sahaja kumpulan kucing ini terdengar bunyi tingkap terbuka, mereka akan berkejar kesana. Termasuk sikenit seekor ini. Terkedik-kedik berlari mengikut emaknya.

Itulah routine kucing2 di backalley  kami dan itu yang membuat kami sekeluarga memberi perhatian kepada sikenit tu terutama anak kedua kami. Lama-kelamaan sikenit itu boleh adapt routine harian kumpulannya.

Kami dan anak kedua selalu juga bercakap-cakap mengenai sikenit ini. Dapat mengharungi kepayahan bersaing dengan dua adik-beradik dia. Dapat bersaing mencari makanan harian dengan kucing2 yang lebih dewasa dan besar dari dia. Dan yang penting dia boleh survive sehingga kini. Itu yang membuatkan kami namakan sikenit itu “Survivor”.

Anak kedua kami, bila sahaja berada di dapur akan selalu memanggil sikenit ini “Survivor, Survivor”. Dia seakan-akan tahu bila dipanggil. Kelihatan mulutnya bergerak, tetapi tak terdengar ngiauannya.

Petang Selasa, 15/2/2011 kami terdengar bunyi salakan anjing dibelakang rumah. Kami ke dapur dan terus menjenguk keluar tingkap. Ternampak dua ekor anjing. Kami pun membuka pintu belakang untuk meninjau.

Kami dapati seekor kucing sedang dikeroyok oleh tiga ekor anjing. Dua ekor anjing sedang menggigit kedua-dua kaki dengan kucing yang malang itu. Seekor anjing lagi sedang mencuba untuk menggigit kaki belakang kucing itu. Dua atau tiga ekor anjing lagi berada dibelakang memerhati. Kucing itu terawang-awang di udara, seakan-akan akan dicarik-carik oleh dua ekor anjing berkenaan.  

Kerana kejadian berlaku selang dua buah rumah dari rumah kami, kami cuma sempat menjerit “shoooh” sahaja. Hendak turun was-was juga. Enam ekor anjing tu! Tak ada pulak pintu rumah atau tingkap rumah lain yang terbuka.

Dalam keadaan gawat tu, kami terlihat emak Survivor berlari dengan laju menuju kumpulan anjing berkenaan dan mencakar atau menggigit salah seekor anjing yang membaham kaki kucing malang itu. Mungkin kerana diserang secara mengejut dan sakit kerana cakaran atau gigitan, anjing2 itu melepaskan mangsa mereka dan cabut.

Kami dapat lihat si Survivor mengesot ke tepi longkang. Huhu.

Pagi semalam kami dapati Survivor tidur dibawah ampaian kami. Gaya tidur tidak seperti biasa. Kedua kaki hadapan seperti didakap ke badan. Seperti susah dan kesakitan bila membuat pergerakan.

No1224No1225No1226

Lepas sarapan, wife bancuhkan susu dan kami berikan kepada Survivor. Mungkin kerana kesakitan, dia tidak membuat percubaan untuk lari. Kami letakkan bekas susu disebelah kepala dia tetapi dia tidak mencuba untuk minum.

Menjelang tengahari kami terlihat Survivor dengan payah berjalan ke rumah jiran, setentang dengan rumah kami. Tempat yang selalu dia tidur waktu tengahari.

Sebelah petang kami campakkan juga makanan pada dia, tetapi tidak dijamah pun.

Dia berada disana sehingga malam. Itulah kali terakhir kami melihat dia.

Pagi ini kami sekeluarga tidak nampak lagi kelibat Survivor. Tak tahu kemana dia.

Yang menghairankan kami, kelibat emak dia tidak kelihatan lagi selepas kejadian petang Selasa itu.

Walau apa pun kami meminta yang terbaik untuk dua ekor kucing berkenaan, Survivor dan emak dia. Kami berharap Survivor akan survive sekali lagi.

Kami merasa gerun juga dengan kumpulan anjing ini. Memang bukan selalu kumpulan ini merayau-rayau dibelakang rumah tetapi sekumpulan budak-budak berbasikal selalu bermain di jalan belakang ini. Tak dapat dan tak mahu kami bayangkan jika kedua-dua kumpulan ini terserempak atau bertembung. Allahuakbar.

So….. Ya Allah, Dialah Allah Tuhan kami, kami tidak menyengutui-Nya dengan sesuatu pun. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India