DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, Februari 08, 2011

BSK 179. Balkis Dan Ros Satu Dilema

Bismillah.

Assalamualaikum.

Isu mengenai Balkis mendapat liputan meluas apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa berlaku penyelewengan dana pertubuhan itu ketika ia diterajui Datin Seri Zaharah Kechik, isteri bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Diatas adalah sedikit dari laporan berhubung dengan kes Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Menarik bukan?

Mari kita baca laporan penuh dibawah ini:

Pembubaran Balkis: Rayuan Peguam Negara ditolak
February 07, 2011

PUTRAJAYA, 7 Feb – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi kebenaran kepada kerajaan Selangor serta sembilan yang lain untuk mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan dan membatalkan pendaftaran Balkis, sebuah badan kebajikan yang dianggotai isteri wakil rakyat di Selangor.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Datuk Ramly Ali, Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.

Isu mengenai Balkis mendapat liputan meluas apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa berlaku penyelewengan dana pertubuhan itu ketika ia diterajui Datin Seri Zaharah Kechik, isteri bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Kerajaan Selangor serta isteri Abdul Khalid, Puan Sri Salbiah Tunut, yang kini menjadi presiden Balkis, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan lima yang lain telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran agar semakan semula kehakiman dibuat bagi mengetepikan keputusan ROS itu.

Mereka memohon agar keputusan ROS pada 11 Februari 2009 yang membubarkan Balkis, diisytiharkan tidak sah dan terbatal serta memohon perintah agar pendaftaran pertubuhan itu dihidupkan semula.

Dalam hujahnya di Mahkamah Tinggi pada 10 Ogos 2009 untuk memohon kebenaran memulakan inisiatif semakan semula kehakiman, peguam S.Selvarajah yang mewakili mereka, berkata anak guamnya telah menyumbang lebih RM6.8 juta kepada Balkis dan oleh itu telah berlaku pecah amanah apabila Balkis dibubarkan secara salah.

Pada 10 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan plaintif untuk mengetepikan notis yang difailkan Peguam Negara untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu dengan alasan notis berkenaan tidak menggunakan nama perayu yang sewajarnya.

Pada prosiding hari ini, plaintif diwakili peguam Derek J. Fernandez dan Selvarajah, manakala Peguam Negara diwakili Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan. – Bernama (Sumber: Malaysian Insider)

Kes kedua-dua suami isteri terbabit dapat memberi pengajaran berguna kepada kita semua. Pengajaran mengenai erti kehidupan.

No1182

Betul seperti yang dikatakan, kehidupan ini umpama roda. Kekadang kita diatas dan ada kalanya kita akan berada dibawah. Hari ini kita berkuasa esok lusa mungkin kita dikuasai.

Kehidupan juga mengajar kita, bila berada diatas kita kena berhati-hati. Kena tahu siapa kawan dan lawan kita. Kena menghormati kedua-duanya.

Kita kena tahu peraturan dan undang-undang yang ada. Jangan menganggap kita dan keluarga kita berada diatas undang-undang.

Bila kita diatas atau berkuasa, kita kena adil dalam segala tindak tanduk kita. Kena mengikut hukum hakam yang telah digariskan oleh agama.

Keputusan yang dibuat, diambil secara muafakat, tidak diputuskan sendirian. Pastikan kita tidak ada kepentingan dalam setiap urusan.

Bila kita diberi kuasa dan berada diatas, yang utama ialah kepentingan rakyat dan negara. Bukan kepentingan keluarga dan kroni.

Bila kita diatas atau berkuasa, mesti ada didalam hati dan minda kita, ada yang Maha Berkuasa dan Maha Atas dari kita.

Allah SWT!

Dan bila kita jatuh kita tidak akan merasa runsing. Kita tidak akan merasa susah hati. Kita tidak akan merasa irihati.

Kita tidak akan ada perasaan dengki. Kita tidak akan ada perasaan dendam.

Dan bila kita jatuh kita merasa syukur, kerana kita telah melakukan keadilan menjalankan amanah Allah SWT.

Dan bila kita jatuh, tidak ada kes yang boleh disabitkan kepada kita. Samada di mahkamah dunia atau di mahkamah akhirat. Alhamdulillah.

Yang utamanya kita akan merasa tenang tenteram samada berada diatas atau dibawah. Fikir-fikirkan.

So….. Ya Allah, tiadalah yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah bila sahaja Engkau kehendaki. Ya Allah, baikkanlah keberkesanan perbuatan kami dalam segala urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India