DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Februari 09, 2011

BSK 180. Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi S.A.W.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Al-Syeikh Abdul Qadir al-Jelani al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:- 
1. Melaksanakan perintah Allah.
2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11. Allah akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-Sidg.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Selamat sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas setiap individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingati semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintas titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29. Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh.
30. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
31. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
32. Mendapat keberkatan daripada Allah.
33. Mendapat kesempurnaan iman.
34. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
35. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
36. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan dihadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
37. Teguh pendirian dengan kebenaran.
38. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Disamping itu ia dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
No114039. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
40. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
42. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
(Sumber: Risalah Maulid Al-Rasul terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan)

Marilah kita dengan ikhlas perbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan semoga kita dikurniakan Allah SWT dengan kelebihan yang dijanjikan. Insya’allah.

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami, melalui Rasul-rasul Mu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India