DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Jun 10, 2011

BSK 193. Negara Berkebajikan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semenjak berakhirnya Muktamar PAS yang ke 57 pada hujung minggu lalu heboh 1Malaysia memperkatakan tentang ‘Negara Berkebajikan’.

PM Datuk Seri Najib Razak pun tumpang semangkok. Beliau beri warning pada PAS agar jangan menciplak model negara kebajikan BN.

Beliau mendakwa PAS “menciplak” model kejayaan Barisan Nasional (BN) sambil berkata Malaysia sentiasa berperanan sebagai negara berkebajikan.

No1382

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Najib minta PAS jangan ‘ciplak’ model negara kebajikan BN

TERKINI @ 01:23:34 PM 10-06-2011
Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani
June 10, 2011

PUTRAJAYA, 10 Jun — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa PAS “menciplak” model kejayaan Barisan Nasional (BN) sambil berkata Malaysia sentiasa berperanan sebagai negara berkebajikan.

Najib berkata konsep negara berkebajikan yang diketengahkan oleh PAS minggu lalu bukan sesuatu yang baru dan sentiasa menjadi matlamat pentadbiran semasa.

“Kerajaan sentiasa berjuang ke arah negara berkebajikan.

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

“Oleh itu, saya merasakan sesuatu janggal dan ganjil, mereka mahu mengadakan negara kebajikan,” kata Najib (gambar) sambil menambah, apa yang diketengahkan oleh PAS sebagai baru sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

“Tidak perlu bagi mereka mengambil model kerajaan semasa,” kata beliau pada Konvensyen Wasatiyah di sini hari ini.

Najib juga menekankan bahawa rakyat Malaysia tidak lagi bersatu seperti dulu kerana sesetengah pihak mahu mempolitikkan agama demi kepentingan mereka.

Katanya, dalam negara pelbagai kaum, debat agama seharusnya diurus dengan cermat sebab perbincangan sedemikian boleh membawa kepada persekitaran benci-membenci di kalangan semua kaum.

Kata Najib, institusi-institusi seperti Felda, Felcra, Bank Islam dan Bank Rakyat menunjukkan bahawa negara mempertahankan konsep kebajikan awam.

Muktamar PAS yang berakhir Ahad lalu dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.

Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 Jumaat lalu, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan dasar yang bertemakan “Membangun Negaar Berkebajikan”.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siapalah kami untuk memberi pandangan samada negara berkebajikan BN atau negara berkebajikan PAS yang baik.

Kami cuma nak share sedikit fakta dari khutbah yang kami dengar hari ini.

Khutbah bertajuk:

MENJANA KEKUATAN EKONOMI ISLAM ” - ( 10 JUN 2011 / 8 REJAB 1432H )

Dalam al-Quran dinyatakan bahawa Nabi Muhamad SAW diutuskan sebagai rahmat bagi semesta alam sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 107.

Bagaimanapun salah satu penyakit umat Islam yang menghalang bagi mencapai rahmat itu ialah kemiskinan dan kebodohan.

Di negara kita umat Islam mewakili 60% daripada penduduk tetapi mereka hanya menguasai 20% sahaja daripada kekayaan negara.

Majoriti umat Islam pada hari ini hanya sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Persoalan besar timbul ialah bagaimana umat Islam terkebelakang dalam pencapaian ekonomi sehingga kemiskinan itu serasi dalam kehidupan umat Islam?.

Menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) unjuran kadar inflasi negara kita akan meningkat kepada paras 3.25 peratus pada tahun ini berbanding 2.9 peratus pada tahun 2010.

Ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga keperluan asas iaitu harga makanan, kos pengangkutan serta kos pinjaman.

Kami nak share juga pandangan saudara Khalid Samad berkaitan dengan istilah negara berkebajikan dari pandangan ahli PAS.

NEGARA BERKEBAJIKAN DAN NEGARA ISLAM

Isu yang turut dilaung-laungkan ialah bahawa kononnya PAS sudah menggugurkan matlamat perjuangannya dan menerima matlamat perjuangan PKR dan DAP. Ini adalah kerana cogan kata yang digunakan PAS adalah ‘Negara Berkebajikan’ dan bukannya ‘Negara Islam’.

Hakikatnya, sekiranya ada parti politik yang ingin mengubah matlamat perjuangannya, ianya bukan dengan mengemukakan cogan-kata tertentu. Ianya mesti melalui pindaan perlembagaan parti tersebut. Selagimana perlembagaan tidak diubah, maka apa cogan kata sekalipun mesti ditafsir berdasarkan perlembagaan yang digunapakai.

Istilah ‘Negara Berkebajikan’ bagi ahli PAS ialah ‘sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah’ (Perlembagaan PAS fasal 5).

Istilah ‘Negara Berkebajikan’ digunapakai kerana ingin memberi penegasan kepada aspek kebajikan yang terjamin dalam sesebuah masyarakat yang sedemikian rupa. Istilah ‘Negara Islam’ tidak digunapakai kerana penekanan melalui istilah itu adalah hukum-hakam Islam, khususnya Hudud, seolah-olah itu sahajalah apa yang terdapat di dalam pemerintahan yang diinginkan PAS. Sedangkan hukum-hakam Islam, termasuk Hudud, adalah bertujuan untuk menghasilkan kebajikan kepada manusia! Termasuk dalam takrif ‘berkebajikan’ itu adalah keadilan, kebertanggung-jawaban dan keamanan.

Dalam erti-kata yang lain, istilah ‘Negara Berkebajikan’ membawa rakyat untuk melihat kepada hasil dan kesudahannya; sambil istilah ‘Negara Islam’ memperlihatkan mekanisma dan perundangannya.

Jikalau dirujuk di dalam Al-Quran, istilah yang masyhur yang terdapat di dalamnya adalah ‘Baldatun Tayyibatun wa Rabbul Ghafuur’ atau ‘Negara yang baik serta pengampunan dari Tuhan’. Ianya merupakan istilah yang menumpukan kepada persoalan hasil yang diinginkan dan hasil ini mampu menarik minat semua pihak.

Lagipun, semua yang mengaji memahami kaedah ‘Al-Hukmu yadurru ‘alal musamma laa ‘alal ismi’ atau ‘hukum (sesuatu perkara) bergantung kepada perkara yang dinamakan itu, bukan kepada namanya’. Dalam erti kata lain, ‘apa ada pada nama, yang penting benda atau isinya!’

Coretan Muktamar PAS ke-57

Firman Allah SWT dalam surah an-Najm ayat 39-41:

clip_image002[4]
Maksudnya:
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya.Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan kepada-Nya pada hari kiamat kelak. Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna.

Fikir-fikirkan…..

So….. Ya Allah ya Tuhan kami, kami menyerahkan urusan kami kepadaMu ya Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India