DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Jun 06, 2011

Laila Majnun Zaman Moden

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami nak share kisah Laila dan Majnun zaman moden. Ada unsur kelakar, sedih, angan-angan, meroyan dan banyak lagi.

Jom kita baca…..

No1364

mimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimi

Muhyiddin: Meskipun PAS terus tolak, pintu Umno masih terbuka
Oleh Clara Chooi June 05, 2011

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Meskipun PAS terus menolak kerjasama dengan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengulangi bahawa pintu komponen BN itu masih terbuka kepada parti Islam tersebut untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Timbalan presiden Umno itu berkata, idea berkenaan adalah demi Islam, bukan kerana kepentingan politik.

“Demi kepentingan rakyat, kita tidak pernah menutup pintu (kepada PAS). Sama ada menerima atau tidak, itu soal lain.

“Pelawaan kami bukan kerana politik, tetapi demi kepentingan politik. Dan, itu yang membezakan Umno daripada PAS, Umno melihat kepentingan rakyat secara keseluruhan manakala PAS hanya fokus pada kepentingan parti,” kata beliaus selepas mengadakan kunjungan ke beberapa lokasi di ibu negara petang ini.

Dalam ucapan dasarnya kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian partinya akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun dihujani siri pelawaan dan jemputan daripada kepimpinan Umno sepanjang tiga tahun lalu.

“PAS akan bersama dengan rakan dalam Pakatan Rakyat untuk menggerakkan agenda perubahan sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen Dasar Bersama Pakatan Rakyat, yang sudah diperbahas dan diterima oleh PAS,” kata beliau.

Kata Hadi, ia melibatkan satu paradigma baru pendemokrasian, suatu islah menyeluruh dalam sistem pemerintahan dan urus tadbir negara.

“Perubahan ini tidak memberi sebarang makna sekiranya tidak melibatkan reformasi spiritual dan kesejahteraan fikiran rakyat,” katanya.

Sejak pilihan raya umum 2008, PAS menerima pelawaan demi pelawaan sama ada secara langsung daripada Umno sendiri ataupun daripada pihak-pihak yang pro-Umno termasuk beberapa tokoh agama agar ia meninggalkan Pakatan Rakyat untuk bersama BN atau berganding dengan Umno.

Idea itu termasuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno.

Pelawaan itu sendiri pernah dipanjangkan oleh Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN dan presiden Umno dan juga Muhyiddin sendiri.

Awal tahun ini, The Malaysian Insider pernah membawa laporan bahawa empat pemimpin dari PAS dan Umno bertemu di Istana Terengganu di sini dan dilaporkan ada menyentuh soal kerjasama kedua-dua parti.

Hadi menambah, “kita sama-sama sedar bahawa demokrasi sedia ada dalam negara kita sudah tempang, akibat dari kerakusan Umno-BN yang ingin mengekalkan kuasa mereka sampai bila-bila.”

“Pun begitu, sehingga kini kita tetap mendahulukan pendekatan damai secara demokrasi, sehingga PAS bersabar menunggu walaupun dijatuhkan secara yang tidak bermoral, beretika dan melanggar asas-asas perlembagaan,” katanya.

mimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimimi

Alkisahnya kedua-dua Laila dan Majnun dulunya memang berjauhan. Tidak sehaluan dan tiada hasrat atau niat dalam diri mereka untuk bersama. 

Disebabkan satu peristiwa yang melanda ketenteraman dan kesejahteraan negara, Majnun secara tiba-tiba melamar Laila dan membentuk satu keluarga yang teguh dan mantap.

Ikatan itu dikatakan demi kebaikan Islam dan umat Melayu. Hidup aman bahagia kedua-dua mereka.

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kerana sebab-sebab teknikal Laila mendapati dirinya tidak diperlukan lagi.

Majnun curang! Tidak berpegang pada perjanjian yang dimeterai. Laila di talak dari keluarga besar mereka. Di usir keluar dari keluarga besar sehelai sepinggang. 

Kisah berlaku lama dulu. Tapi bukan di zaman Merong Mahawangsa. Lama sangat tu!

Kini kitaran kehidupan berputar kembali.

Keluarga besar Majnun dilanda badai hebat. Didalam keluarga ada dalang-dalang yang menggangu keharmonian rumahtangga. Ada ketua-ketua keluarga yang tidak menghormati kata-kata Majnun.

Hendak ditalak takut hilang sokongan. Berkemungkinan merana Majnun seumur hidup. Gelap masa depan.

Angan-angan ingin meyunting rakan Laila yang berbaju merah yang suka bermain mercun roket tinggal sepi. Tiada respond yang memberansangkan.

Adakah Majnun sudah hilang kewarasan? Sudah kehilangan pengaruh? Sudah kehilangan harga diri? 

Oleh kerana si baju merah tidak mahu berkompromi maka Majnun yang hidung tak mancung cuma pipi yang tersorong-sorong sedaya upaya mahu Laila kembali ke pangkuan keluarga besar mereka untuk kali kedua.

Demi Islam! Itu yang dikatakan oleh orang besar Majnun.

Pintu Majnun masih terbuka untuk Laila.

Bila ingin bersama si baju merah, Laila dipersalahkan kerana ingin menubuhkan negara Islam. Habis nanti tangan rakyat dipotong. 

Bila ingin bersama Laila, si baju merah dipersalahkan kerana tidak memberi sokongan kearah penubuhan negara Islam. Dikatakan Laila diperkudakan oleh si baju merah. Sebaiknya Laila lari meninggalkan si baju merah dengan segera.

Terkini, kelompok yang Majnun and the gang gelar  kumpulan “Erdogan” dan “Anwarriyun” menguasai pemikiran dan pergerakan Laila.

Kelihatannya kumpulan  “Erdogan” dan “Anwarriyun” berpegang dengan hadis berikut:  

“Seorang mukmin tidak dipatuk ular 2 kali dalam 1 lubang”.

Well….. bye-bye Majnun. 

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India