DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, September 08, 2011

BSK 223. Tol tol tol tolong

Bismillah.
Assalamualaikum.

Syarikat konsesi tol mengaut keuntungan besar. Apakah benar?

TolSyarikat konsesi tol kaut keuntungan RM13b

Nigel Aw Sep 8, 11 3:38pm

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan mengapa syarikat utama konsesi lebuh raya masih menaikkan kadar tol sedangkan mereka telahpun memperolehi semula kos pembinaan dan mengaut keuntungan "yang besar".

Timbalan Menteri Kerja Raya, Yong Khoon Seng, dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim di Dewan Rakyat, mendedahkan syarikat konsesi yang menguruskan 27 lebuh raya telah meraih sejumlah RM37.7 bilion kutipan tol, di samping tambahan RM2.1 bilion pampasan daripada kerajaan.

Dengan kos pembinaan berjumlah RM26.4 bilion, ia memberi keuntungan lebih RM13 bilion kepada syarikat konses, kata Lim yang juga setiausaha agung DAP, dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Oleh itu, Lim ingin tahu mengapa kadar tol terus meningkatkan, sedangkan mereka sudahpun mendapat keuntungan, dengan menyebut Lebuhraya Utara Selatan Projek (Plus) sebagai contoh yang ketara di mana tempoh konsesinya adalah sehingga tahun 2039.

Mengikut Statistik yang disediakan oleh Lim, Lebuhraya Utara-Selatan dibina dengan kos RM5.9 bilion, tetapi ia telah mengutip lebih RM23.5 bilion kutipan tol, di samping tambahan RM735.2 juta pampasan daripada Kerajaan .

Ada kebenaran jika cuma mengambil kira hasil kutipan tol.

Tetapi perlu juga mengambil kira kos penyelenggaraan, kos operasi dan lain-lain kos syarikat berkenaan.

Baru diketahui keuntungan sebenar yang diperolehi.

Pada hemat kami, syarikat konsesi perlu publish laporan kewangan mereka agar rakyat boleh menilai sendiri prestasi syarikat tersebut.

Baru rakyat boleh appreciate kenaikkan tol atau rakyat boleh meminta kerajaan menghapuskan terus tol dari bumi Malaysia.

Rakyat 1Malaysia ma….. kerajaan kena ‘tol’ong ma.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami berlindung dengan-Mu dari kerunsingan dan dukacita, kami berlindung dengan-Mu dari kelemahan dan kemalasan, kami berlindung dengan-Mu dari perasaan penakut dan bakhil dan kami berlindung dengan-Mu dari belenggu hutang dan kekasaran orang. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India