DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, September 23, 2011

BSK 232. Hari Raya bersama Abg Mat Cool di Seremban 24/09/2011

Bismillah.
Assalamualaikum.

No1594

Kami ingin mewarwarkan jemputan Sambutan Hari Raya bersama Ybhg. Hj. Mohamad Bin Sabu, Timbalan Presiden PAS kepada semua warga Negeri Sembilan.

Warga Malaysia dari negeri lain yang dekat atau jauh pun boleh juga hadir. Nama pun jemputan Sambutan Hari Raya….. lagi pun kan masih dalam bulan Syawal.

Jika ada “kata-kata hikmat” yang ingin disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS tu bolehlah kita katakan bonus kehadiran.

Rasa-rasanya Ybhg. Hj. Mohamad Bin Sabu, Timbalan Presiden PAS ini boleh menyaingi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk merebut gelaran “Mr. Cool” atau “Mr. Sempoi” Malaysia.

Ybhg. ini tak perlu appoint pakar-pakar dari luar negara untuk menonjolkan imej “cool atau sempoi”.

Kami rasakan “cool atau sempoi” memang ada didalam diri beliau.

Melalut sampai ke topik lain pula. Ish ish ish.

Datanglah beramai-ramai jika kawan-kawan tidak ada rancangan yang khusus esok.

Kami tak dapat menghadiri majlis bersama Ybhg. Hj. Mohamad Bin Sabu, Timbalan Presiden PAS itu.

Insya’allah kami akan menghadiri jemputan seorang bakal tetamu Allah SWT malam esok. Sudah lama jemputan dari beliau kami terima. Majlis kat taman kami ni.

So….. ya Allah ya Tuhan kami, baikkanlah keberkesanan perbuatan kami dalam segala urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India